Masalah sembelit dalam kalangan kanak-kanak sememangnya perkara yang tidak boleh dielakkan. Masalah ini biasanya berlaku disebabkan faktor pemakanan mereka.
Rasanya tak sanggup lihat anak menangis kerana sakit meneran. Untuk pengetahuan anda, sesetengah kanak-kanak akan membuang air besar 2 kali seminggu dan ia adalah normal untuk mereka. Sekiranya, anak anda buang air besar kurang dari 2 kali seminggu, ini tandanya mereka mengalami sembelit.
Jadi, penulis nak kongsikan kepada anda cara yang boleh dilakukan untuk melegakan anak yang sembelit. Jom semak!
Sekiranya anak anda suka makanan yang berkarbohidrat dan tak suka makan sayur dan buah-buahan, mereka berisiko untuk mengalami sembelit. Untuk melegakan sembelit mereka, anda boleh memberikan anak anda makan buah prun dan pir. Anda boleh buat jus atau potong kecil-kecil buah tersebut dan berikan pada anak anda.
Anda boleh cuba untuk urut perut anak secara perlahan-lahan bagi memberikan mereka kelegaan yang segera. Caranya seperti:
Posisi paling baik untuk membuang air besar atau kecil adalah dengan mencangkung. Pastikan anak anda mencangkung ketika membuang air besar.
Anda boleh beli serat larut di farmasi berdekatan. Ia mudah larut dalam air atau jus segar dan efektif untuk berikan kelegaan pada anak anda. Tapi, serat larut ini tidak sesuai untuk bayi bawah usia 1 tahun. Jika anda ragu-ragu, dapatkan khidmat rawatan daripada doktor atau ahli farmasi.
Selain susu, pastikan anak anda minum air putih dengan banyak. Ini kerana, cecair dalam badan yang cukup boleh melancarkan perjalanan buang air besar anak anda.
Adalah perkara normal untuk anak anda yang kadang-kadang mengalami sembelit. Tapi, jika ia berlarutan hingga 2 minggu atau sering berlaku, anda perlu berjumpa doktor. Anda juga boleh perhatikan tanda-tanda berikut:
Semoga bermanfaat!
Sumber: TheAsianParent Malaysia
"Thank you so much for all of the advices" - Aliff Aziz
Alamak, tak relax la netizen 🤪
Usikan manja anak beranak ☺️
Good job Fathia
See you again!
MashaAllah kesiannya