familuv By: Yanie Baharom August 3, 2018 @ 4:00pm

5 Langkah Si Isteri Bijak Saat Berdepan Suami Berlaku Curang

Sebaik manapun seorang wanita itu, kalau mendapat tahu sang suami berlaku curang memang boleh hilang pertimbangan dibuatnya.

Yang berperwatakan lemah-lembut pun boleh bertukar menjadi halilintar. Sampaikan ada yang bertindak berani menyerang suami di tempat kerja dan hilang hormat padanya.

Iyalah, hati isteri mana yang tak remuk berkecai bila suami yang dicintai mempunyai wanita lain di luar. Namun begitu, bagaimana caranya untuk anda mendapatkan semula perhatian suami anda yang bila-bila masa akan di’ngap’ atau ditakluki kekasihnya jika anda terus-terusan emosi dan tidak berusaha menambat semula hati suami anda.

Sebagai wanita matang dan bijak, ini yang perlu anda lakukan saat mengetahui suami berlaku curang.

Foto: MomJunction

Berikut 5 langkah yang boleh anda lakukan jika berdepan dengan masalah ini:

1. Jangan ikutkan hati dan terus ingin meninggalkannya

Sebagai seorang isteri yang masih sayangkan perkahwinan yang dibina sekian lama, jangan sesekali terfikir untuk terus bertindak meninggalkan si suami yang curang. Masalah berlaku adalah untuk kita hadapi, bukan untuk kita lari daripadanya. Makin kita lari, masalah tetap akan mengekori.

2. Jangan ambil sikap tidak peduli

Bersikap tidak peduli seolah-olah menunjukkan kita meredai kecurangan si suami. Ada sesetengah daripada wanita yang mengambil jalan mudah dengan tidak mengendahkan kecurangan suami, walhal mereka sudah tahu akan perkara tersebut.

Si isteri beranggapan dengan cara membiarkan masalah tersebut, lama-kelamaan masalah tersebut akan hilang dengan sendirinya. Ternyata ianya salah jika seorang isteri beranggapan sebegitu. Kecurangan suami akan menjadi-jadi sekiranya ia dibiarkan dan tidak diambil peduli.

3. Ambil masa redakan tekanan dan perasaan terhadap suami curang

Jiwa mana yang akan tenang bila menyedari suami curang yang kita cintai tiba-tiba berlaku curang. Makin difikir, makin bergelora hati dibuatnya. Oleh sebab itulah, seorang isteri patut tenangkan fikiran dan cuba untuk memberikan masa kepada diri sendiri dan juga suami sebelum mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya. Nescaya bila hati tenang, jalan penyelesaian pasti akan kunjung tiba.

4. Dapatkan sokongan dan nasihat daripada orang yang berpengalaman

Jika keadaan makin rumit dan sukar untuk diselesaikan secara bersama, segeralah dapatkan nasihat dan pandangan daripada orang-orang yang berpengalaman seperti ibu bapa dan juga kaunselor atau pakar dalam masalah rumah tangga.

5. Bermohon dengan Tuhan dan pertingkatkan amalan

Kadang-kala kita mungkin tidak sedar bahawa yang memberikan kebahagiaan hakiki adalah Sang Pencipta yang Maha Agung iaitu Allah S.W.T. Mana mungkin hati yang sentiasa lupa akan Dia akan tenang dan bahagia hidupnya.

Samalah jua keadaannya dengan sesuatu perkahwinan. Perkahwinan yang bahagia bergantung juga kepada sejauh mana kita berhubung dengan-Nya.

Last but not least, perkahwinan adalah suatu ikatan yang mulia. Berusahalah untuk terus menggapai erat ikatan perkahwinan yang telah lama terbina. Anggaplah kecurangan suami itu sebagai salah satu gerhana dalam perkahwinan.

Walaupun pada suatu ketika keadaannya gelap dan sukar, namun sinar bahagia pasti akan menerangi kembali. Wahai suami curang, kasihanilah isteri kamu….

Sumber: Bidadari.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 21 Dec 2023
Featured Wed, 18 Jan 2023

AJL 37: Selepas Lama Berehat, Jihan Muse Buat ‘Comeback’! Teruja Bakal Mengacara Bersama Sherry Alhadad

Woww, gandingan host yang sangat hebat! Jihan & Sherry confirm meletop AJL 37 pada 12 Februari nanti 🤩🤩

Featured Thu, 14 May 2020

[TERKINI] Ziarah Aidilfitri, Pesta Kaamatan & Hari Gawai Hanya Terhad Pada Hari Pertama Sahaja

Jangan sedih-sedih, yang penting boleh beraya dengan yang tersayang!

Featured Mon, 27 Mar 2023

[VIDEO] Nabila Huda Usik Keisha Pertama Kali Sertai Sekolah Kerajaan, Ramai Titip Kata Semangat! – “Baru Awak Tahu, Seronokkan Berapa Tahun Private”

Big girl dah Keisha 😢 All the best si cantikk! ❤️ Sekejap je tu lama lama dapat sesuaikan diri ok! 💪🏻

Featured Fri, 7 Apr 2023
Featured Tue, 17 Jul 2018

Bau Hanyir Ikan Hilang Dengan 8 Teknik Mudah Ini

Bukan sahaja potong mood nak masak, malah selera nak makan ikan pun terbantut.