Ikan merupakan sumber protein yang penting untuk diet seharian. Namun, tidak dinafikan kadang-kadang mood kita akan terbantut apabila bau kuat hanyir ikan menusuk ke hidung.
Bukan sahaja potong mood nak masak, malah selera nak makan ikan pun terbantut. Namun, jangan kerana isu hanyir ikan, anda malas atau tak suka nak makan ikan. Lagipun, ikan sangat baik untuk kesihatan badan.
Jadi apa kata anda ketahui cara untuk hilangkan hanyir ikan. Mudah sahaja dengan hanya menggunakan bahan yang ada di dapur. Selamat mencuba!
Halia bukan sahaja boleh menghilangkan bau hanyir malah mampu membuang toksin yang ada pada ikan. Caranya cincang halia halus dan perap pada ikan selama 30 minit. Kemudian basuh.
Titiskan sedikit jus lemon pada ikan. Biarkan ia meresap seketika dan bilas dengan bersih. Kalau tiada lemon di rumah, boleh gantikan dengan limau purut.
Bersihkan ikan dan rendam ikan dengan air garam selama 15 minit. Gerenti bau hanyir akan hilang.
Masukkan ikan dalam rendaman susu. Biarkan seketika dan kemudian bilas sehingga bersih. Susu mengandungi casein yang bertindak menghilangkan trimethylamine oxide yang menjadi penyebab kepada bau hanyir ikan.
Campurkan ketiga-tiga bahan di atas dan sapu pada ikan. Perap selama 30 minit atau lebih. Terpulang pada anda sama ada hendak bilas pes tersebut atau terus guna pes tersebut untuk menggoreng ikan.
Ambil dan bersihkan beberapa helai daun jambu batu. Ramas daun dalam bekas yang diisi air. Kemudian tuangkan air tersebut dalam bekas yang berisi ikan.
Sapu minyak bijan pada ikan dan biarkan seketika. Minyak bijan menghilangkan bau hanyir dengan cepat.
Campurkan cuka dalam air dan rendam ikan di dalamnya untuk seketika. Kemudian bilas ikan untuk menghilangkan bau cuka. Cuka mampu menghilangkan 50% bau hanyir ikan.
Banyak lagi cara-cara untuk menghilangkan bau hanyir ikan. Namun, apapun yang paling penting, ikan tersebut perlulah dibersihkan dengan betul seperti membuang segala organ dalaman, insang dan membran putih yang terdapat dalam bahagian dalaman ikan. Apabila dibersihkan dengan cara yang betul, barulah bau hanyir hilang!
Jom tengok video ini untuk teknik hilangkan bau hanyir ikan.
Sumber : YouTube Seminit Resipi
Ubah gaya hidup!
Impian Ajai tercapai...
Tak perlu berbalah, chill okay
Jangan libatkan Janna okay!
Mantap Cuy