Categories: FeaturedOh Lawa

Beg tote dengan ukiran nama, tas tangan laku keras!

Kalau ditanya apakah jenis beg atau tas tangan yang hampir semua wanita memilikinya, tentu saja beg tote.

Beg tote atau tote bag dalam bahasa Inggeris, merupakan tas tangan klasik buatan Amerika Syarikat yang popular sejak 1940-an lagi oleh jenama LL Bean’s. Beg pelbagai guna itu membolehkan wanita khususnya menyumbat apa saja barangan keperluan ke dalam beg tangan.

Seiring peredaran zaman, beg tote turut mengalami transformasi dengan rekaan yang lebih berfungsi dan praktikal. Malah menjadi satu daripada produk paling digemari industri fesyen apabila jenama-jenama mewah seperti Dior, Gucci, Chanel dan Coach,  menghasilkan rekaan beg tote yang trendy menggunakan material mewah.

Foto: Issue

Istilah tote sendiri menggambarkan maksud membawa. Reka bentuk beg ini biasanya besar, mempunyai ruang yang luas dan menggunakan tali melengkung, namun inovasi dalam teknologi pembuatan beg menyaksikan variasi rekaan beg tangan ini.

Pada awal dulu, bahagian atas beg itu dibiarkan terbuka untuk memudahkan pengguna memasukkan dan mengambil barang. Tetapi untuk tujuan melindungi barangan berharga yang terdapat di dalam beg seperti dompet dan wang, akhirnya butang kancing atau zip diperkenalkan.

Di Malaysia ketika ini, beg tote ‘engraved’ atau yang boleh mengukir/mencacah nama dan diperbuat daripada material kanvas, sedang menjadi kegilaan ramai. Idea ini sekali gus menjadikan beg berkenaan koleksi yang cukup peribadi buat anda.

Boleh didapati dalam pelbagai saiz dan bentuk, harganya bermula daripada RM40 sehingga ribuan ringgit bergantung pada kualiti dan jenama beg terbabit.

Beg tote ‘engraved’ sangat stail dibawa sebagai pelengkap gaya saat bercuti di kepulauan indah.

 

Yanie Baharom