familuv By: Yanie Baharom May 5, 2020 @ 2:27pm

Cara tanam uri bayi tanpa dikesan binatang liar, wahai ayah ini caranya!

Sesiapapun pastinya teruja bergelar ibu dan bapa buat pertama kali.

Persediaan menyambut kelahiran cahaya mata sulung jangan cakaplah serba-serbi lengkap. Bak kata orang, kalau boleh beli satu kedai rasanya dah beli satu kedai!

Namun ada satu tanggung jawab penting yang jarang diberi perhatian oleh pasangan ibu bapa baharu dan ini adalah penting diketahui oleh suami iaitu menanam uri atau juga dikenali sebagai plasenta.

Memandangkan uri keluar daripada faraj isteri, tempat yang paling sulit dan maruah suami, maka suamilah yang sebaik-baiknya mencuci uri dan menguruskannya. Uri adalah sebahagian daripada bayi, oleh sebab itu ia perlu dijaga.

Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yang jelas mengenai cara menguruskan uri, cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik.

Perangai anak tidak ada hubung kait dengan lokasi atau bcara uri diuruskan. Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil, buku dan sebagainya juga adalah amalan khurafat.

Kemenjadian anak sebenarnya bergantung pada didikan yang diberikan ibu bapanya. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, seorang bayi yg baru lahir ibarat sehelai kain putih. Ibu dan bapa yang menentukan masa depan si anak sama ada menjadi Majusi atau Nasrani.

Tidak ada doa-doa khusus untuk dibacakan ketika menanam uri bagi menjamin seseorang anak itu soleh atau solehah. Cukup sekadar membaca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), hukum menanam uri adalah harus.
Uri berkenaan perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya tidak dimakan oleh haiwan.

Uri orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri itu untuk ditanam di tempat masing-masing.

Cara menguruskan uri

1. Mulakan dengan membaca Bismillahirahmannirrahim.

2. Cuci bersih sehingga hilang darah yang ada pada uri. Jangan guna sabun atau syampu.

3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (untuk pastikan uri itu bersih dan suci).

4. Cuci uri dengan garam. Lumurkan rata dan cuci bersih-bersih.

5. Kemudian cuci pula uri dengan asam jawa bagi menghilangkan bau hanyir darah. Ini kerana bau hanyir darah boleh menarik deria binatang untuk menggali dan memakannya.

6. Perahkan limau ke atas uri untuk bau yang harum.

7. Bungkuskan uri yang sudah dibersihkan dalam plastik atau bekas mudah reput. Ini bagi menghalang air basuhan bercampur darah daripada menitik merata-rata.

8. Boleh juga dibungkus di dalam kain (tidak semestinya berwarna putih) seperti sup bunjut. Ini untuk memudahkan kita membawanya ke tempat yang hendak ditanam. Boleh juga ditanam bersama garam dan asam jawa bagi mengelakkan binatang liar menghidu bau uri.

 

9. Gali tanah sedalam mungkin, lebih kurang dua kaki agar baunya sukar dikesan dan dikorek anjing atau binatang lain.

10. Mulakan dengan Bismillahirahmannirrahim dan selawat ke atas Nabi ketika meletakkan uri dalam dalam tanah dan timbus.

11. Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau. masjid atau laman rumah.

12. Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang lain.

Semoga panduan ini bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Mar 2023
Featured Wed, 4 Jan 2023

[VIDEO] “Kaya Nombor 2” – Fatin Afeefa Nafi Kahwin Aliff Awang Sebab Harta, Akui Tertarik Dengan Ketampanan

Sama cantik, sama padan! She tak pandang kekayaan.. She kan wanita berkerjaya 🤩🤩 Never settle for less orang kata 🤣

Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Tue, 8 Nov 2022

[VIDEO] Hanis Zalikha Kongsi Tips Urus & Didik Anak Sekolah – “Displin Waktu Tidur Sejak Bayi…”

Min suka tengok anak beranak ni ❤️ Cara didikan Hanis & Hairul memang A+!

Featured Thu, 14 Jul 2022

“Masih Banyak Perlu…” – Nyanyian Casablanca Live Dikritik Sumbang, Ini Respons Nuha Bahrin

Alahai, sabar ya Nuha ☺️ Yang penting terus belajar dan tak patah semangat! ❤️

Featured Thu, 29 Dec 2022
familuv Mon, 13 Aug 2018

6 Tip Penting Supaya Kulit Bayi Anda Kekal Sihat

Kulit bayi sangat halus, ruam dan alergi boleh terbentuk jika tidak dijaga.

Featured Tue, 13 Sep 2022
Featured Thu, 29 Sep 2022