Categories: Eat TravelFeatured

Chicken Wings Bersalut Emas Ini Berharga RM3926. Wow! Mahalnya

Biasanya kita akan makan kepak ayam goreng, bakar dengan madu atau dimasak gulai. Bosan kan dengan cara masakan kepak ayam macam itu? 

Pernah tak anda terfikir untuk menikmati kepak ayam bersalut emas? Kalau anda nak tahu, menu tersebut memang wujud tau dan dinamakan sebagai ‘Food God 24 Karat Chicken Wings’. 

Menu special ini diperkenalkan oleh sebuah restoran The Ainsworthdan yang hanya boleh didapati di beberapa cawangan mereka di Chelsea, Manhattan dan East Village. Inovasi makanan ini adalah menggabungkan kepak ayam bersama salutan emas. Wow! Sebut sahaja emas pasti mahal harganya!

Foto: Instagram Theainsworth

Foto: Instagram Theainsworth

Menu ini dihidangkan dengan mentega kelapa, chipotle dan diperap dengan madu selama 24 jam dan kemudian digoreng dengan sebelum disiram dengan kepingan 24 karat emas.

Selain itu, Food God 24 Karat Chicken Wings ini boleh didapati dengan 3 set hidangan yang berbeza iaitu 10 wings dengan harga $30 (RM117), 20 wings $60 (RM234) dan 50 wings bersama sebotol Champange yang berharga $1000 (RM3926.50). 

Boleh tahan juga harganya mahal sangat kan? Macam tak berbaloi! Tapi bagi orang yang kaya-kaya bolehlah try makan chicken wings bersalut emas ini. Kalau orang yang biasa-biasa macam penulis ini, makan kat KFC je dah cukup sedap dah.

Sumber: Vitdaily , Instagram Theainsworth, Instagram Foodgod

tex_admin