Categories: Sihat

Ini Langkah Bijak Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Kurangkan Pengambilan Gula

Tahukah anda, gula yang berlebihan dalam badan akan mendatangkan risiko kepada kesihatan kita? Mungkin anda tidak perasan penyakit yang menyerang anda itu salah satunya kerana anda mengambil gula yang berlebihan. Secara ringkas, penulis nak anda tahu risiko yang akan berlaku sekiranya tubuh badan anda mengandungi kadar gula yang tinggi. Antaranya: 

1. Mempercepatkan proses penuaan.

2. Melemahkan daya tahan badan melawan penyakit berjangkit.

3. Gula menjadi makanan kepada sel-sel kanser dan dikaitkan dengan perkembangan kanser payudara, ovari, prostat, rektum, pankreas, saluran hempedu, paru-paru, pundi kencing dan perut.

4. Penyumbang utama kepada obesiti

5. Penyakit batu karang

6. Meningkatkan adrenalin secara mendadak menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, sukar menumpukan perhatian, cemas dan berfikiran aneh.

Takut tak akan risiko-risiko tersebut? Kalau takut apa kata anda mulakan dengan 6 langkah bijak ini untuk mengurangkan pengambilan gula dalam kehidupan seharian anda.

Foto: UX Collection

1. Minum air kosong untuk menggantikan minuman manis

Foto: Lifestrong

2. Elakkan menambah gula dalam masakan

Foto: Mylene

3. Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula

Foto: Hindustan Times

4. Pilih produk berlabel ‘rendah gula’ dan ‘bebas gula’

Foto: New Hope Network

5. Hadkan kepada 1 sudu teh sahaja untuk cawan minuman

Foto: Mexidodeideias

6. Elakkan makanan dan minuman bergula di antara utama dan sebelum waktu tidur

Foto: Brideside

Kesimpulannya, anda perlu tahan sikit nafsu untuk makan dan minum makanan yang manis. Sebaiknya, kurangkanlah pengambilan gula setiap hari agar anda kekal sihat dan tidak terdedah dengan penyakit-penyakit berbahaya. 

Sumber: Utusan Online , Infosihat

tex_admin