Categories: FeaturedSihat

China berjaya kekang COVID-19, tiada kes domestik baharu

Perintah berkurung yang dilaksanakan di seluruh China menunjukkan hasil apabila hari ini negara berkenaan melaporkan tiada kes baharu jangkitan COVID-19 sejak kes pertama dilaporkan di Wuhan, China, Januari lalu.

BH melaporkan republik berkenaan hari ini mengumumkan tiada kes domestik baharu, namun kes import bagi COVID-19 di negara itu dilaporkan terus meningkat.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan negara itu, terdapat 34 kes membabitkan individu dari luar negara, menjadikannya peningkatan terbesar dilaporkan di China, sejak dua minggu lalu.

Ketiadaan kes domestik baharu di China itu membuktikan keberkesanan langkah yang diambil dengan mewajibkan Perintah Berkurung di seluruh negara sejak, Februari lalu.

Pemandangan di Pekan Kuah, Langkawi yang sunyi selepas premis perniagaan menutup operasi bagi mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penyebaran COVID-19 selama 14 hari bermula hari ini. Gambar NSTP/HAMZAH OSMAN

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sehingga pagi ini, jumlah keseluruhan kes COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat kepada 215,018, berbanding 197, 830 kes yang direkodkan pada 18 Mac 2020.

Sehingga semalam, sebanyak 152 negara terkesan akibat penularan COVID-19 dengan Itali mencatat 31,506 kes, kedua tertinggi selepas n China diikuti dengan Iran (16,169), Sepanyol (11,826), Jerman (9,360), Korea Selatan (8,413), Perancis (7,695) dan Amerika Syarikat (6,362).

Ketika ini, beberapa negara termasuk Malaysia menjalankan penyelidikan mengenai COVID-19 termasuk mengenal pasti bagaimana sistem pertahanan badan tidak bertindak balas terhadap serangan koronavirus itu.

Beberapa negara seperti China, Australia, Amerika Syarikat dan Jepun dikatakan sedang berusaha untuk membangunkan vaksin bagi COVID-19, namun berdepan kesukaran berikutan sel koronavirus itu yang masih menimbulkan tanda tanya.

Fadzlena Jafar