Featured By: Fadzlena Jafar May 25, 2020 @ 1:00pm

Dua rakyat Malaysia kongsi sambutan Syawal di Taiwan ketika COVID-19

Sambutan Syawal tetap diraikan secara sederhana terutama di 187 negara yang  terjejas akibat penularan wabak COVID-19. Bagi rakyat Malaysia yang masih berada di luar negara, Syawal disambut dengan meriah, tetapi berhati-hati.

Antaranya, dua rakyat Malaysia yang kini tinggal di Taiwan, iaitu Nur Adibah Adammi, 33, dan Amirah Hurzaid, 34 tahun. Nur Adibah merantau ke Taiwan untuk mendalami bahasa Mandarin, tetapi jatuh cinta dengan pulau itu dan kini sudah hampir enam tahun tinggal di sana.

Amirah pula pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) jurusan Oseanografi Marin (Marine Oceanograhy) di Universiti Nasional Taiwan.

Dalam tempoh yang mencabar ini, Adibah berkongsi Hari Raya akan disambut dengan lebih sederhana bersama teman rapat dan keluarga kerana kehidupan di Taiwan masih normal, dibenarkan bergerak bebas, tetapi dengan langkah berjaga-jaga.

“Biasanya, kami akan pergi ke masjid untuk solat Hari Raya pada hari pertama Syawal. Inilah masanya untuk saya bertemu dengan rakyat Malaysia yang lain serta umat Islam dari pelbagai negara, untuk menyambut Hari Raya.

“Sayangnya, tahun ini kami tidak dibenarkan mengadakan perhimpunan berkumpulan besar, oleh itu tidak ada solat Hari Raya di masjid,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, baru-baru ini.

Adibah meraikan Hari Raya secara sederhana dengan rakyat Malaysia di Taiwan (Gambar lama)

Meskipun tidak ramai rakyat Malaysia di Taiwan, hubungan mereka amat rapat, malah sambutan perayaan seperti Hari Raya dimanfaatkan untuk mengeratkan silaturahim.

Adibah yang juga seorang usahawan berkata, lazimnya sambutan Aidiflitri di Taiwan diraikan seperti yang selalu dilakukan di Malaysia.

Begitupun, katanya, tahun ini sedikit berbeza berikutan penularan wabak COVID-19, justeru tidak ada rumah terbuka besar pada tahun ini, sebaliknya mereka merancang untuk mengadakan pertemuan kecil dengan hanya beberapa teman rapat.

“Saya rasa sangat bersyukur kerana hubungan sesama rakyat Malaysia di sini amat rapat dan mesra. Hubungan kami seperti keluarga dan ini membuat saya tidak berasa kesunyian di perantauan dan berjauhan dari ibu bapa serta keluarga terutama ketika menyambut perayaan besar seperti Hari Raya.

“Secara tradisinya, kami akan buat rumah terbuka untuk berkumpul. Bagi mendapatkan suasana Hari Raya, kami akan mengenakan pakaian Hari Raya dan masing-masing membawa hidangan raya tradisional. Tahun lalu, saya membawa roti jala,” katanya.

Bagi Amirah pula, beliau yang pertama kali meraikan Aidilfitri tanpa suami di sisi kerana tiada penerbangan ke Taiwan lazimnya mencipta suasana Lebaran di Taiwan termasuk memainkan lagu raya sepanjang hari di makmal.

Amirah meluangkan masa untuk mengirim poskad kepada keluarga dan rakan.

Selain itu, beliau juga menjemput rakan sepengajiannya untuk datang ke rumah dengan  menjamu mereka ketupat segera dan rendang. Bagi mengekalkan tradisi Aidilfitri seperti di Malaysia, beliau turut menyediakan kuih seperti almond London dan biskut coklat cip seminggu sebelum ketibaan 1 Syawal.

“Berjauhan dari keluarga dan rakan-rakan ketika musim Hari Raya pasti membuatkan saya lebih merindui mereka. Saya akan membuat panggilan video dengan keluarga dan rakan pada malam sebelum Hari Raya untuk berkongsi persiapan masing-masing.

“Kebiasaannya, pada hari pertama Hari Raya selepas solat, saya dan rakan-rakan dari Malaysia yang lain akan pergi ke rumah kakitangan Kedutaan Malaysia dan akan bersama mereka sepanjang hari. Kami akan membaca takbir beberapa kali dan menjamah hidangan Hari Raya kegemaran kami,” katanya.

Rakyat Malaysia meraikan Aidilfitri di rumah kakitangan Kedutaan Malaysia di Taiwan.

Taiwan dijadikan contoh dalam usaha memerangi COVID-19 kerana tindakan kerajaan negera itu yang pantas dan agresif dalam menangani COVID-19. Ketika artikel ini ditulis, Taiwan melaporkan sebanyak 441 kes, yang mana 79 peratus adalah kes import dan hanya tujuh kematian.

Meskpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah ditamatkan, Kerajaan Taiwan mewajibkan penjarakan sosial dan membatalkan acara perayaan besar untuk mengelakkan perhimpunan orang ramai.

Amirah berkongsi gambar Aidilfitri tahun lalu apabila bergambar dengan suami di depan masjid di Taiwan.

Amirah yang dijangka akan kembali ke Malaysia pada September 2020 setelah tamat pengajiannya, turut berkongsi keindahan Taiwan yang mesra pelancongan Muslim.

“Terdapat banyak tempat tarikan pelancong dengan pemandangan indah untuk dinikmati. Tiga tempat kegemaran saya adalah Taman Negara Taroko Gorge, Taman Nasional Yangmingshan dan Gunung Hehuan. Saya amat sukakan alam semula jadi di sini dan tempat-tempat ini mempunyai pemandangan yang menakjubkan.

“Pelancong Muslim boleh mencari makanan halal di Taiwan melalui aplikasi telefon. Saya sangat mengesyorkan memuat turun aplikasi HalalTW. Aplikasi ini bukan sahaja menunjukkan senarai restoran dan kedai halal, tetapi juga membantu pelancong untuk mencari masjid dan hotel terdekat yang mesra Muslim,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 14 May 2022
Featured Thu, 27 Oct 2022

Terpesona Dengan Suasana KL Setiap Kali Tonton Laungan Azan Di TV, Kisah Hidup Atu ‘Lari Rumah’ Selepas 17 Tahun Di Kampung Jadi Inspirasi

Sebut saja nama pelawak Atu Zero, sudah pasti ramai yang mengenali dirinya oleh kerana perwatakan lucu dan gila-gila. Terbaharu, Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif, 30, berkongsi kisah lampaunya mengenai dirinya yang tidak

Featured Fri, 29 Apr 2022

“Luck Saya Belum Sampai Lagi…” – Wani Syaz Kecil Hati Sering Dibandingkan Dengan Wany Hasrita

Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri tak perlu pun nak bandingkan mereka… bestt je dua-dua nyanyi

Featured Thu, 31 May 2018

Boleh Cuba Menu Pasta Ini Kalau Anak Anda Dah Bosan Makan Bubur Nasi

Menu pasta ini pasti menjadi kegemaran si manja anda!

Featured Fri, 10 Mar 2023

Terpaksa Jalani Pembedahan, Uqasha Senrose Keguguran Dua Kali – “Haid Datang Tak Berhenti…”

Allahuakbar! Berat ujian Uqasha & Kamal 😢 Semoga ada rezeki buat pasangan ini ❤️

Featured Wed, 25 Apr 2018

Tidak Hanya Indah Dipandang, Wangi Dicium. Bunga Juga Bermanfaat Untuk Kesihatan

Di Taiwan, makan kelopak bunga mawar yang dicelup dengan madu sudah menjadi amalan kerana kandungan fenolat yang bersifat anti radang selain kaya dengan vitamin bagi mengurangkan risiko barah, kencing manis dan sakit jantung.

Gaya Hidup Sat, 14 Apr 2018

Adakah Hujung Minggu Anda Membosankan? Jom Luncur Ais Di MYNISS

Stadium Luncur Ais Kebangsaan Malaysia (MYNISS) terletak di Empire City, Damansara Perdana.

| Live TV