Categories: Featured

Elak 5 Makanan Ini Jika Mahu Kurus

Bagi sesetengah individu, berpantang makan untuk kurus bukan satu benda asing dalam diari diet. Namun, bukan semua yang berjaya kerana caranya tidak betul. Hakikatnya, tidak ramai yang benar-benar tahu tentang pengambilan makanan yang sesuai untuk tujuan ini.

Bahkan, ada yang mengambil makanan yang boleh membuatkan perut bertambah lapar. So, semak senarai makanan berikut dan cuba elakkan dalam tempoh ‘berpantang’.

1) Jus buah-buahan

Jus buah-buahan sebenarnya mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Apabila anda hanya mengambil jus buah-buahan ketika perut sedang lapar, ia akan meningkatkan kandungan gula di dalam darah secara drastik dan ini akan membuatkan perut cepat lapar semula.

2) Sushi

Sushi bukanlah makanan untuk berdiet. Ini kerana menu citarasa Jepun ini tinggi dengan kalori. Walaupun sushi bersaiz kecil , tetapi satu gulung (roll) sushi mengandungi lebih 500 kalori. Sushi tidak mudah mengenyangkan. Jadi anda akan makan lagi dan lagi!

3) Donut

Donut dengan pelbagai perisa mengandungi kandungan gula yang tinggi. Kandungan gula yang tinggi ini akan membuatkan tubuh menyerap insulin dengan lebih banyak. Situasi ini akan menyebabkan perut cepat lapar kerana terlalu banyak gula memasuki sel tubuh berbanding saluran darah.

4) Yogurt

Yogurt memang bagus untuk sistem penghadaman, namun pengambilan yogurt kosong tidak mungkin boleh mengenyangkan perut. Melainkan anda mencampurkannya dengan buah-buahan segar atau kekacang. Jadi, untuk elak diri makan lebih banyak, pilih menu yang terdiri daripada karbohidrat komplek.

5) Snek Masin

Snek atau kudap-kudapan yang tinggi dengan sodium memang akan membuatkan seseorang itu sukar berhenti mengunyah. Kandungan garam yang tinggi membuatkan tubuh badan mudah terhidrat dan ini menyebabkan anda ingin makan lagi dan lagi.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

Ad Ops