Categories: FeaturedOh Lawa

Enam jenama hijab mencipta daya tarikan ekstra pada kamu!

Mungkin dalam keadaan sekarang ini, persiapan menyambut Aidilfitri belum ada dalam bayangan kita.

Menyantuni fasa ‘kuarantin’ ketika ini, keutamaan kita hanyalah untuk memberi komitmen pada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kerana ia satu-satunya cara untuk melumpuhkan COVID-19.

Dengan berakhirnya virus membahayakan nyawa ini, dunia bukan saja kembali aman, malah umat Islam dapat menyambut suasana Ramadan seterusnya Aidilfitri dengan penuh rasa syukur dan kemeriahan seperti sebelumnya.

Biarpun terpaksa mengenepikan banyak keinginan kita untuk seketika waktu, itu tidak menghentikan wanita daripada membayangkan bagaimana dia dan keluarga harus kelihatan pada pagi Lebaran.

Memudahkan wanita membuat pilihan terutama mereka yang bertudung, Hijab & Heels menyenaraikan enam jenama hijab yang cukup menawan digayakan pada pagi Hari Raya nanti!

Enam jenama ini dipilih daripada ratusan label yang terdapat di pasaran dengan mengambil kira kualiti fabrik, kelesesaan, reputasi dan pembungkusan.

Uniknya mengenai jenama yang disenaraikan ini, semuanya mempunyai peminat fanatik yang begitu obses untuk memiliki setiap koleksi.

Bukan saja yang baharu, malah tudung yang sudah dipakai (pre-loved item) dan kotak simpanan tudung (scarf box) turut menjadi rebutan walaupun sebahagian koleksi daripada enam jenama ini mencecah ratusan ringgit.

Ini membuktikan strategi pemasaran dan iklan mereka menggunakan wajah selebriti dan influencer popular berkesan sehingga berjaya mempengaruhi ramai wanita!

 

 

 

1. Duck Scarves

2. Naelofar

3. Ariani

4. Tudung People

5. Alhumaira

6. Ameera Zaini

 

Yanie Baharom