Categories: Trending

Eina Azman Berang Dituduh Pentingkan Diri Borong Enam Troli Barang

Pelakon jelita Datin Paduka Eina Azman bertindak “menyelar” tindakan seorang pengguna Instagram yang mendakwa dirinya mementingkan diri kerana berbelanja besar semasa tempoh Kawalan Pergerakan ketika ini. 

Menurut Eina,25, dia tidak menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya berbelanja di sebuah pasaraya sehingga enam troli namun barangan yang dibelinya itu bukan untuk kegunaan dirinya sahaja. Jelas Eina, barangan tersebut dibeli  untuk rumah sendiri, rumah emak dan rumah adik iparnya. 

Menerusi posting tersebut, Eina telah memuatnaik paparan komen yang ditinggalkan oleh seorang netizen di laman Instagram Betty Rahmad. Berang dengan tindakan individu tersebut, Eina telah menjelaskan situasi sebenar di ruangan kapsyen fotonya. 

“Pertama sekali, saya memang beli enam troli (barang keperluan harian), sebab saya beli untuk tiga buah rumah iaitu diri saya, mak saya dan untuk adik ipar saya yang berkeluarga besar. Jadi apa masalahnya?

“Saya tak fikir orang? Kalau saya tak fikir orang, saya takkan bagi bantuan makanan untuk 100 buah rumah sebelum kuarantin haritu. Maaf, bukan nak riak atau apa,” jelasnya ibu kepada dua cahaya mata ini. 

 

Menurut Eina, dia berasa sangat kecewa dengan sikap segelintir manusia yang suka mencari keburukan orang lain dan menyebarkan fitnah tanpa usul periksa. 

“Saya tanpa ada masalah apa-apa pun saya sentiasa menolong orang tanpa mengira bangsa atau agama. Jadi, tolong jangan sibuk urusan orang lain. Jangan tahu nak mnegata dan bercerita hal orang,”  kata Eina lagi.

Perkongsian Eina ini telah menerima pelbagai respon dan reaksi daripada netizen lain dan beberapa orang selebriti seperti Nad Zainal, Catriona Ross, Fasha Sandha dan Elvina Mohd. 

 

Kredit foto: Instagram Eina Azman

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover