Categories: FeaturedGaya Hidup

Gaun perkahwinan RM800,000 dan majlis resepsi luar biasa Irina, kini tinggal kenangan

Perkahwinan diaturkan keluarga tidak lagi relevan pada era millennium ini, malah restu keluarga bukan jaminan untuk penceraian tidak berlaku.

Hakikatnya tiada ibu bapa yang sanggup melihat kehancuran hidup anak-anak apabila mengahwinkan mereka dengan pasangan yang tidak sepadan atau tidak baik.

Bagaimanapun, jika bapa seorang hartawan yang memiliki harta berbillion, memang agak sulit untuk mencari jodoh. Lebih-lebih lagi jika membabitkan anak perempuan, bimbang si lelaki yang berkahwin dengan anak gadis itu hanya mahu mengikis harta.

Mungkin atas alasan itu, jutawan Rusia, Alexander Chigirinsky, mengambil keputusan mengahwinkan puterinya, Irina Chigirinskaya, dengan seorang hartawan dikenali sebagai Maurice Mirelli.

Perkahwinan mereka pada pertengahan 2018 menjadi heboh bukan saja kerana majlis resepsi yang diadakan cukup mewah dan berprestij, tetapi juga berikutan harga gaun rekaan Zuhair Murad yang dipakai oleh Irina yang baru berusia 18 tahun ketika itu mencecah RM800,000. Aduhai mahalnya!

Ramai warganet memuji tuah Irina kerana majlis perkahwinannya mewah, sekali gus mengundang cemburu gadis sebayanya, namun itu adalah tanggapan luaran saja!.

Foto: Mirror

Irina yang hanya bersetuju untuk berkahwin bagi memenuhi keinginan ibu bapanya, membuktikan dia tidak bahagia apabila mengambil keputusan memfailkan penceraian selepas enam bulan menjadi isteri.

Bahkan wanita itu sempat menjadi tajuk utama apabila dikatakan menjalin hubungan sulit dengan pemuda yang juga anak jutawan Ukraine.

Mengimbau perkahwinan gemilang pasangan itu, majlis berkenaan diadakan di kelab golf Agalarov Golf and Country Club milik kawan kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trumph.

Foto: Preview

Perkahwinan itu mendapat liputan pelbagai media antarabangsa dan 1,500 tetamu dijemput untuk memeriahkan majlis yang bukan calang-calang hebatnya bahkan terlalu mewah. Kek perkahwinan Irina juga cukup ikonik!

Ini tidak menghairankan kerana Irina sudah biasa dimewahkan sedari kecil, malah pernah mendapat hadiah jam tangan Rolex ketika baru berusia 10 tahun. Bagi Irina, hadiah jam tangan yang mahal dan terbang menggunakan jet peribadi merupakan perkara biasa baginya.

 

 

Yanie Baharom