Categories: Eat TravelFeatured

Hanya Guna 2 Bahan Saja Nak Buat Kek Oreo Kukus Viral Ini. Mudah Sangat!

Bila berbicara tentang pemanis mulut, pasti dalam fikiran anda dah terbayang jenis pemanis mulut yang anda gemari kan? Bila teringin nak makan, anda boleh beli saja di kedai kek ataupun buat sendiri di rumah. 

Kali ini penulis nak kongsikan kepada anda mengenai resepi kek Oreo yang tengah viral sekarang ini! Kalau anda nak tahu, harga untuk membuat kek ini tak sampai RM10. Tak perlu guna oven, hanya menggunakan teknik kukus sahaja! Cara membuatnya pula cukup mudah!

Menggunakan 2 bahan sahaja!

  • 2 paket Oreo panjang
  • Sekotak susu coklat bersaiz kecil

Cara membuatnya

1. Masukkan susu bersama oreo di dalam pengisar. Pastikan pengisar anda bebas dari bau bawang dan lada.

2. Kisar sehingga hancur. Seperti gambar di bawah.

3. Isi adunan dalam bekas aluminium foil pakai buang. Kemudian, panaskan pengukus dan kukuskan adunan tersebut sehingga masak. Kalau nak tahu dah cukup masak ataupun belum, cucuk menggunakan garfu. Jika masih ada adunan yang melekat pada garfu, bermakna kek Oreo anda belum masak dengan sempurna. 

3. Setelah kek dah masak, biarkan kek sejuk terlebih dahulu.

 

4. Kalau nak lagi sedap anda boleh tuangkan topping ikut citarasa anda. Lagi sedap kalau anda letak topping coklat!

Mudah sangat kan? Selamat mencuba!

Sumber: Facebook

tex_admin