Categories: FeaturedGaya Hidup

Ini Caranya Untuk Menanam Pokok Nanas Dalam Pasu, Mudah Sangat!

Siapa sangka yang pokok nanas boleh ditanam dalam pasu bunga?

Ingatkan ia perlukan ruang tanah yang luas. Rupa-rupanya ruang kecil pun boleh.

Ini juga bermakna, jika anda tinggal di apartment atau flat, atau rumah anda tak mempunyai kawasan laman, anda masih boleh menanam dan grow pokok nanas anda sendiri.

Cara-caranya pun mudah sangat. Anda hanya perlukan sebiji nanas yang dah besar dan masak.

Cabutkan “mahkota” atau bahagian daun-daun hijau di atas buah itu.

Biarkannya selama beberapa hari. Kemudian cabutkan beberapa helai lapisan daun yang dah layu di bahagian dasarnya.

Letakkan di dalam bekas berisi air. Pastikan bahagian dasar itu direndam dalam air tersebut. Biarkan selama beberapa hari hingga akar tumbuh.

Selepas itu pindahkannya ke dalam sebuah pasu. Tanam bahagian akar betul-betul dan siram air dengan secukupnya.

Teruskan siram macam biasa dan tunggu hingga ia jadi sebuah pokok yang subur!

Jika anda perlukan pertolongan visual, rujuk kepada video tutorial ini.

Selamat mencuba!

Sumber: DIY Hacks

Ad Ops