Featured By: Yanie Baharom April 19, 2018 @ 12:00pm

Kadar Gangguan Mental Meningkat Gara-Gara Terlalu Obses Dengan Perkahwinan Diraja

Adik kepada pewaris kedua takhta Britain, Putera Harry bakal melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hatinya, Meghan Markle pada Mei ini di Istana Windsor, United Kingdom.

Rata-rata rakyat British berasa amat teruja dengan perkhabaran gembira itu. Namun ada pula dalam kalangan mereka dilaporkan terlalu obses hingga mengakibatkan gangguan kepada kesihatan mental.

Laporan Reuters yang memetik pandangan pakar menyebut bahawa kebimbangan kesihatan mental dalam kalangan peminat pasangan tersebut kini berada pada tahap tertinggi sejak Putera Harry dan Meghan mengumumkan pertunangan mereka pada Disember 2017.

Foto : Reuters

Menurut laporan itu, peminat yang terlalu obses terhadap sesuatu sehingga keluar daripada realiti kehidupan sebenar hanya akan merosakkan diri mereka dan berkemungkinan memberi kesan yang sangat berbahaya, kata pakar psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Langone New York, Sue Varma.

“Saya tidak mempunyai masalah dengan minat terhadap keluarga diraja; saya tidak rasa ia satu masalah besar.

“Namun obsesi hanya akan menyebabkan seseorang kekurangan masa pada aktiviti lain, antaranya meluangkannya dengan anak-anak atau pasangan masing-masing,” kata Sue.

“Masalah hidup dalam dunia fantasi ini sangat rumit kerana ia tidak mempunyai hubungan atau interaksi di antara dua pihak,” tambahnya.

Foto : Reuters

Pakar psikiatri itu juga menjelaskan bahawa obsesi terhadap selebriti,khususnya pasangan diraja Putera Harry dan Meghan, boleh membawa kepada masalah keyakinan diri seperti gangguan dismorfik badan.

“Jika orang ramai terlalu taksub dengan selebriti, ia akan menyebabkan mereka hilang keyakinan diri.

“Tanggapan bahawa diri mereka tidak setanding selebriti idaman hanya akan membuatkan mereka memilih untuk melakukan sesuatu bagi memperbaiknya, termasuk menjalani pembedahan plastik,” jelasnya lagi.

Menjelang majlis perkahwinan pasangan diraja itu, Sue meminta peminat agar bijak mengawal emosi dan memastikannya agar berada pada tahap tidak melampau yang boleh membahayakan diri.

Foto : Malaysia Gazette

Sumber : Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Feb 2023
Eat Travel Thu, 5 Jul 2018

Buat Ais Krim Goreng Anda Sendiri Dengan Resipi Mudah Ini

Jarang jumpa, kan? Tak perlu beli di kedai pun!

Featured Fri, 28 Feb 2020
Featured Sun, 20 Nov 2022

“Terima Kasih Sabak Bernam” – Eizlan Yusof

Terima Kasih Datuk Seri Eizlan Yusof

Featured Thu, 18 Jun 2020
Featured Wed, 24 Aug 2022

Wang Lebih RM350,000 Lesap! Pesara 62 Tahun Terjerat Dengan Macau Scam

Kesiannya 😭 Hati-hati korang and rajin-rajinlah check phone parents korang jugak okay.

error: Content is protected !!