Categories: FeaturedSihat

Ketahui 4 manfaat rendam kaki di dalam air panas dan garam

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Garam merupakan bahan masakan yang lazim digunakan oleh suri rumah untuk memasak di dapur kerana tanpa garam, bahan yang dimasak terasa hambar atau kurang enak untuk dinikmati.

Jika terlalu banyak menggunakan garam dalam masakan juga tidak baik untuk kesihatan anda, jadi berhemahlah ketika memasak atau cuba kurangkan penggunaan garam dalam setiap menu yang disediakan.

Bagaimanapun garam ada banyak khasiat dan manfaatnya yang tersendiri untuk kesejahteraan diri manusia.

Amalan merendam kaki di dalam air panas yang dicampur dengan garam ini popular dalam kalangan masyarakat Cina. Ia dapat meningkatkan peredaran darah dan juga dapat mencegah daripada menghidapi demam seperti disarankan oleh perubatan tradisional Cina. 

Kandungan garam dalam air panas dapat menjadikannya sebagai antiseptik yang meredakan infeksi pada kaki. 

Terdapat pelbagai manfaat lain apabila anda merendamkan kaki di dalam air panas yang dicampur garam ini, antaranya: 

Menyihatkan kuku

Foto: lifestyle.kompas.com

Merendam kaki ke dalam air panas bercampur garam adalah salah satu cara untuk menjaga kesihatan kuku. Bagi sesetengah individu, mereka mengalami kesukaran untuk memotong kuku kaki terutama bagi anda yang mempunyai kuku yang keras dan susah dipotong. Cara ini dapat melembutkan kuku sebelum ia dipotong. 

Akan tetapi anda juga perlulah menjaga kuku kaki daripada segi memilih kasut dengan ukuran yang betul serta memastikan kuku kaki betul-betul kering sebelum menyarung stokin atau kasut.

Menghilangkan bau kaki

Pastinya anda pernah mengalami pengalaman kaki berbau sejurus sahaja anda membuka kasut. Dengan keadaan kaki yang lembap akibat memakai kasut sepanjang hari, ia menyebabkan pembiakan bakteria berlaku.

Keadaan ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa apatah lagi ketika berada di tempat-tempat awam. Apabila mengalami masalah ini, cubalah rendamkan kaki ke dalam campuran air panas dan garam. Ini kerana ia dapat menghilangkan bakteria yang ada pada kaki anda. 

Mengatasi masalah tumit pecah dan kasar

Foto: nova.grid.id

Pasti anda berasa malu apabila orang melihat kulit pada bahagian tumit anda pecah dan kasar. Melakukan kerja-kerja di dapur dengan kerap sememangnya akan menyebabkan tumit anda pecah apatah lagi lantai yang dipijak berada dalam keadaan basah atau lembap.

Untuk mengatasi masalah itu, rendamkan kaki di dalam air panas dan garam bertujuan menanggalkan sel mati yang menyebabkan tumit anda pecah. 

Mencegah imsomnia

Foto: alodokter.com

Jika anda menghidap imsomnia dan menginginkan tidur yang nyenyak, cubalah untuk merendam kaki dengan air garam. 

Ini kerana rendaman tersebut dapat membuatkan aliran darah pada kaki anda lancar dan terbuka. Dengan itu, ia dapat membantu otot-otot anda berehat dan menghilangkan ketegangan. 

tex_admin