Featured By: Fadzlena Jafar March 8, 2020 @ 11:12am

Ketahui 7 sifat yang dapat membantu wanita berjaya atau gagal

Gerakan #metoo yang dipopularkan selebriti wanita Hollywood dua tahun lalu, bukan sahaja meningkatkan kesedaran mengenai isu yang dihadapi mereka untuk berjaya, tetapi secara tidak langsung menjadi permulaan kempen besar-besaran mengenai hak wanita di seluruh dunia.

Kempen itu asalnya dimulakan pada tahun 2006 oleh aktivis Tarana Burke menerusi laman MySpace bagi memberi kesedaran mengenai gangguan seksual terhadap wanita khususnya wanita berkulit hitam di Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, pendedahan mengenai salah laku penerbit terkenal di Hollywood, Hayvey Weinsten yang didakwa mencabul pelakon wanita sebagai  ‘tiket’ untuk berlakon pada tahun 2018 dianggap menjadi permulaan pada kempen #metoo besar-besaran di seluruh dunia.

Gerakan #metoo di Hollywood menjadi inspirasi kepada wanita di seluruh dunia. Gambar hiasan/Business Insider

Pelakon Alysa Milano yang popular menerusi siri Charmed turut menggesa supaya lebih ramai wanita tampil untuk membuat pendedahan. Akhirnya, nama-nama besar di Hollywood seperti Salma Hayek, Gwyneth Paltrow dan Angelina Jolie tampil membuat pengakuan pernah dicabul Weinstein.

Isu perletakan jawatan pengacara terkenal E! Entertainment, Catt Sandler pada 2018 turut menyemarakkan kempen #metoo. Catt mengejutkan banyak pihak lebih-lebih lagi apabila beliau mendedahkan gaji diperoleh jauh lebih rendah berbanding pengacara lelaki. 

Sejak itu, gerakan #metoo menjadi kempen yang dikaitkan dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa (IWD). IWD dikatakan bermula pada awal kurun ke-19. Pada tahun 1908, kira-kira 15,000 wanita berarak di New York bagi menuntut hak mengundi, gaji yang lebih baik dan waktu bekerja lebih pendek.

IWD disambut bagi menuntut semua pihak khususnya kerajaan memastikan kesaksamaan gender dilaksanakan. Gambar hiasan/Women’s March Global

Pada 1910, pemimpin wanita dalam Parti Demokratik Sosial di Jerman, Clara Zetkin mencadangkan supaya diadakan sambutan IWD. Meskipun pada awalnya, IWD disambut pada tarikh berbeza di beberapa negara, pada 1913 kebanyakan pemimpin wanita akhirnya sepakat untuk meraikan IWD pada 8 Mac setiap tahun.  

Tahun ini, tema IWD #Eachfor Equal dipilih bagi semua pihak khususnya kerajaan untuk menjadikan isu kesaksamaan gender satu keutamaan.

Begitupun, beberapa ahli psikologi berpendapat untuk mencapai hasrat itu, wanita sendiri perlu mengenal pasti kelebihan dan kekurangan sifat semula jadi mereka. Sifat berkenaan dikatakan punca kepada kegagalan wanita untuk mencapai kesaksamaan.

Berikut disenaraikan tujuh sifat utama wanita itu:

1. Prihatin

Hatinya lembut, mudah sangat menaruh simpati. Sifat inilah yang menyebabkan lelaki jatuh hati dengannya, tetapi sifat ini jugalah yang menyebabkan wanita begitu mudah dipergunakan.

2. Suka kepada perkara yang cantik

Sifat ini mendorong wanita untuk sentiasa memastikan dirinya cantik, malah apa yang dimiliki (rumah, anak, laman rumah, ruang pejabat) mesti sentiasa tampak cantik. Jika tidak dikawal, ini punca wanita menjadi boros

3. Suka berlumba

Sifat ini membawa pada kejayaannya dalam setiap perkara yang dilakukan, tetapi negatifnya wanita tidak boleh melihat wanita lain lebih daripada dirinya, sekali gus menimbulkan perasaan iri hati dan dengki.

4. Suka pada kesempurnaan

Sifat ini membantu wanita untuk sentiasa melakukan sesuatu perkara itu berulang kali bagi memastikan kesempurnaan, tetapi sifat ini juga menyebabkan dia sukar bertolak ansur.

5. Wanita hanya berlawan dengan wanita

Sifat ini menjadikan dia lebih baik daripada wanita lain, tetapi sifat ini juga menyebabkan wanita ketinggalan berbanding lelaki.

6. Rajin

Kebanyakan wanita mempunyai sifat ini. Rajin mengemas, rajin memasak, rajin mengambil tahu perihal orang lain dan banyak lagi. Sifat ini menyebabkan wanita disenangi ramai, tetapi sifat ini juga menyebabkan orang rimas dengan dirinya, malah juga dianggap penyibuk.

7. Suka merendah diri

Sifat ini menyebabkan wanita dihormati, tetapi sifat ini juga menyukar wanita untuk berjaya.Suka memberi laluan kepada orang lain.
Sifat ini menyebabkan wanita disenangi rakan-rakannya, tetapi sifat ini juga membuatkan dirinya mudah ‘dipijak’.
 
Bersatu teguh, bercerai roboh!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Apr 2024
Featured Mon, 22 Apr 2024

[VIDEO] Mengidam Kunyah Ais, Gelagat Isteri Fizi Ali Raih Perhatian

Comel jeee… Okaylah tu dengar kata oang mengandung ada yangs ampai makan sabun ek…

Featured Tue, 17 Apr 2018

Dera Isteri, Taktik Kejam Seorang Suami Pancing Mentua Bayar Hutang Bil Isteri Bersalin

Tragedi menyayat hati berlaku di Shahjahanpur pada 13 April lalu, India, apabila seorang isteri diikat di siling dan dipukul oleh suaminya kerana tidak mendapat wang ganti daripada keluarga mertua.

Bukan itu sahaja, si suami, Ashok Shukla turut merakamkan kejadian tragis terhadap isterinya, Ruchi Shukla untuk memberi mesej kepada keluarga mertua agar membayar balik wang dengan segera.

Featured Sun, 18 Sep 2022

Percutian Fizo Omar Disindir Peminat, Netizen Dakwa Mesti Guna Duit ‘OctaFX’

Percutian pelakon Fizo Omar dan isteri baru-baru ini mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen. Ada antara netizen yang mendakwa duit yang digunakan pelakon itu adalah hasil daripada pelaburan OctaFX.   View this post on Instagram […]

Featured Sat, 16 Oct 2021

“Kita Akan Masuk Ke Rumah & Suntik Ketika Mereka Tidur”- Presiden Filipina Mahu Ketuai Misi Cucuk Vaksin Kepada Golongan Anti-Vaksin

Baru-baru ini, presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah mencadangkan satu solusi untuk menghapuskan golongan antivaksin dengan menyuntik vaksin Covid-19 ketika mereka tidur di rumah. Duterte berkata, kadar vaksinasi harus segera meningkat supaya kerajaan dapat mencapai 50 […]

Eat Travel Mon, 15 Oct 2018

28 Foto Yang Menunjukkan Perbezaan Di Antara Makanan Biasa & Makanan Hipster

Kreatif betul orang yang mereka cipta hidangan-hidangan ini!