Categories: FeaturedOh Lawa

Ketahui Jenis Atau Warna Lipstick Yang Sesuai Untuk Anda, Berdasarkan Lambang Zodiak

Selalunya bagaimana anda pilih warna lipstick anda? Adakah anda padankannya dengan warna kulit? Atau dengan warna pakaian?

Ataupun main pilih saja yang mana yang cantik?

Selain warna kulit, apa kata anda cari warna yang padan dengan personaliti anda? Untuk ketahui jenis personaliti yang anda miliki, kita kena tengok pada lambang zodiak.

Jom tengok warna apa yang sesuai dengan setiap satu daripada 12 lambang zodiak yang ada.

Aries

Foto: Kat Von D Beauty

Lambang ini adalah ketua kepada segala zodiak. Mereka adalah degil dan bersemangat. Jika ini lambang anda, anda perlukan lipstick yang tahan sepanjang hari dan perlulah nampak classic dan straight-forward, seperti lipstick cair berwarna merah.

Taurus

Foto: Charlotte Tilbury

Sebagai lambang tanah, Taurus perlukan warna yang tenang dan toned down, tapi mereka juga perlu tayangkan bibir mereka. Jadi pilih warna brown yang tak terlalu bosan tapi mengancam.

Gemini

Foto: Fluide

Orang berlambang Gemini selalunya adalah penyeri suasana, jadi mereka perlu sesuaikan personaliti mereka dengan warna yang luar biasa seperti ungu atau gangsa.

Cancer

Foto: Glossier

Emosional dan setia, orang berlambang Cancer lebih gemar blend in daripada stand out ketika di majlis keramaian. Jadi warna lipstick yang sesuai ialah yang tak ketara sangat seperti lip gloss. Lipstick yang glossy akan membantu menyerlahkan seri muka anda.

Leo

Foto: Fluide

Sama seperti Gemini, orang berlambang ini juga memeriahkan parti. Anda perlu menarik perhatian orang ramai dengan warna yang bold dan penuh glitter, seperti emas gelap. Pakai tebal-tebal sampai meliputi bibir sepenuhnya.

Virgo

Foto: Kylie Cosmetics

Orang berlambang Virgo sesuai dengan warna raspberry gelap tapi mereka akan perlukan lipliner supaya lipstick mereka tak tercomot keluar daripada bahagian bibir.

Libra

Foto: Urban Decay Cosmetics

Untuk Libra pula, mereka sesuai dengan warna yang terang, seperti merah jambu comel. Ia perfect untuk sesi lepak dengan kawan di mana-mana saja termasuklah di parti.

Scorpio

Foto: Anastasia Beverly Hills Cosmetics

Jika Scorpio adalah lambang anda, anda perlu berani untuk mencuba tona lipstick yang membuatkan anda nampak macam vampire. Cari warna seperti dark berry.

Sagittarius

Foto: MAC

Sagittarius perlukan lipstick yang matte. Texture matte itu membuatkan bibir anda nampak simple tapi serlahkannya dengan warna menarik seperti ungu kemerahan.

Capricorn

Foto: Urban Decay Cosmetics

Orang berlambang Capricorn selalunya sibuk seharian dengan kerja, jadi mereka perlu pakai warna yang neutral yang sesuai untuk siang dan malam.

Aquarius

Foto: Lime Crime

Aquarius ini pula suka berangan dan gemar tampil dengan idea yang orang tak dapat jangka. Jadi mereka perlukan lipstick yang sesuai dengan tema “keawang-awangan”, macam lip gloss ungu. Macam unicorn pun boleh!

Pisces

Foto: Smashbox

Lambang ini berkaitan dengan air, jadi kenalah padankan dengan warna bibir anda. Kalau berani, anda mesti cuba warna biru gelap. Tapi ia elok dipakai pada waktu siang, ye! Kalau pada waktu malam, takut tenggelam pula rupa anda.

Sumber: Seventeen

Ad Ops