Categories: FeaturedGaya Hidup

Inilah sebabnya Kim Kardashian tidak lagi tersenyum setiap kali ketika bergambar

Berdasarkan gambar-gambar yang Kim Kardashian West muat naik di laman Instagram, kita boleh lihat betapa licin dan rata kulitnya itu.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik Kim Kardashian West di laman Instagram, kita boleh lihat betapa licin dan rata kulitnya itu.

Anda mesti fikir, mentang-mentang beliau kaya, mestilah beliau mampu untuk mendapatkan rawatan kulit yang canggih serta berkos tinggi.

Bagaimanapun, Kim ada kongsikan satu panduan kecantikan yang anda boleh buat sendiri tanpa berbelanja sesen pun.
Dan isunya memang relevan: cara untuk menghilangkan kedutan pada kulit muka.

Kim telah menghadiri kelas solekan jurusoleknya Mario Dedicanovic baru-baru ini. Ada peminat yang hadir bertanya apakah rahsianya bagi mengekalkan kulit agar tidak berkedut.

Kim hanya menjawab, “Jangan senyum.”

Cukup mudah! Betullah katanya, ia tidak menelan sebarang sen pun!

Tetapi tidak lama selepas itu Kim membuat kenyataan di Twitter dan menjelaskan ia hanyalah satu gurauan.

 

Tertipu pula kita. Tetapi bila anda fikir balik, Kim nampaknya jarang sekali melemparkan senyuman.

Di dalam satu temu bual dengan C Magazine, beliau mengaku yang beliau berhenti senyum di dalam gambar apabila badannya mula berubah ketika hamil anak perempuannya, North West.

Beliau menghidap keracunan kehamilan (preeclampsia) yang menyebabkan berat badannya bertambah. Katanya, semua orang mentertawakannya kerana isu kesihatan ini.

“Teruk sekali! Orang ramai akan berkata, ‘Dia tidak boleh berhenti makan,’kata Kim.

“Saya naik 23 kilogram dan memang sukar untuk saya turunkannya. Saya memang berusaha dan berdedikasi tetapi ia mengubah persepsi saya terhadap cara gambar saya diambil.”

Foto: Pinterest

Katanya lagi, sebelum ini beliau selalu sahaja tersenyum, tetapi selepas melahirkan anaknya, dia tidak ingin melayan golongan yang mengejeknya untuk sesuatu yang beliau sendiri tidak boleh kawal.

“Saya tidak ingin senyum untuk mereka,” kata Kim. “Walaupun saya lebih yakin ketika itu, saya tidak ingin menjadi seorang wanita yang tersenyum untuk setiap gambar yang diambil.

“Hal ini telah mengubah mood saya, ia mengubah siapa diri saya yang sebenar dan ia banyak mengubah personaliti saya.”

Oh, itulah ceritanya. Kasihan dia! Tidak sangka pula ada sejarah hitam di sebalik rupanya yang ikonik ini!

Sumber: Insider

Ad Ops