Featured By: Fadzlena Jafar April 30, 2020 @ 7:26pm

KKM pantau 3 kluster COVID-19 di Sarawak

Sarawak mencatat satu kematian dan lima kes baharu positif COVID-19 dengan jumlah kumulatif kes jangkitan sebanyak 507 kes sehingga jam 12 tengah hari tadi, sekali gus menjadi negeri kelima dengan jumlah jangkitan COVID-19 tertinggi di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kebanyakan kes berkenaan membabitkan tiga kluster iaitu kluster persidangan keagamaan di gereja, kluster individu di bawah siasatan (PUI) Itali dan kluster Hospital Umum Sarawak (HUS).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. (Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH)

“Kluster persidangan di gereja hari ini mencatat pertambahan satu kes baharu menjadikan jumlah kumulatif 176 kes dengan tiga kematian iaitu kes ke-358, kes ke-2,471 dan kes ke-2,864, manakala kluster PUI Itali kekal 63 kes dengan lima kematian iaitu kes ke-1,031, kes ke-1,032, kes ke-1,006, kes ke-2,850 dan kes ke-2,210.

“Kluster HUS pula mencatat dua kes baharu positif COVID-19 menjadikan keseluruhan 56 kes yang mana kebanyakan kes berkait rapat dengan kluster persidangan keagamaan di gereja, iaitu 29 kes atau 51.8 peratus,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Susulan penularan jangkitan COVID-19 di Sarawak khususnya di HUS, Kementerian Kesihatan (KKM) kini giat melakukan langkah pembendungan yang ketat termasuk melakukan proses nyahcemar di semua kawasan berkaitan, menggerakkan anggota dari hospital dan klinik kesihatan berdekatan serta melakukan pengaturan tempat kediaman anggota kesihatan.

KKM Sarawak turut memastikan saringan menyeluruh secara berkala di semua lokasi berisiko tinggi dalam hospital dan semua anggota kesihatan yang terbabit menjalani ujian saringan mengikut garis panduan ditetapkan, selain memulakan aktiviti perkhidmatan kesihatan mental serta sokongan psikososial (MHPSS) di semua fasiliti kesihatan KKM.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata, setakat ini siasatan membabitkan kluster HUS mendapati tiada kes berpunca daripada pengendalian kes yang disahkan positif daripada wad COVID-19 mahupun unit rawatan rapi (ICU) di hospital terbabit.

“Sehingga 29 April 2020, seramai 2,003 orang kontak rapat sudah dikenal pasti susulan aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (active case detection) yang dijalankan oleh KKM. Didapati 1,950 anggota kesihatan adalah negatif ujian pengesanan COVID-19,” katanya.

Anggota dan pegawai polis mengawal serta menutup sebuah pusat kuarantin di pusat bandaraya Kuching, sebagai usaha memutuskan penularan wabak Covid-19.KHIS/NADIM BOKHARI

Lima kes di Sarawak itu antara 57 kes baharu di Malaysia yang dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,002 kes.

Daripada 57 kes baharu itu, 25 kes adalah kes import dan ini bermakna, kes penularan tempatan (local transmission) adalah 32 kes sahaja.

Kes sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital pula adalah sebanyak 84 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 4,171 kes (­­­­­69.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes), justeru jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,729 kes.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan terdapat pertambahan dua lagi kes kematian berkaitan COVID-19, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 102 kes atau 1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kes kematian ke-101 (kes ke-4,657) membabitkan lelaki warganegara Malaysia berumur 64 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah darah. Beliau yang mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 daripada kluster PUI Bali disahkan meninggal dunia pada 29 April 2020 jam 4.14 petang.

Kes kematian ke-102 (kes ke-5282) pula adalah kes di Sarawak iaitu lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau dirawat di HUS pada 16 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 April 2020, jam 12.55 tengah hari.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Dec 2021

“Perjalanan 9 Jam… Penat” – Tular Video Jemaah Umrah Mengamuk Di KLIA

Satu video di TikTok mengenai beberapa jemaah umrah yang memarahi anggota bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tular sejak malam Selasa. Menerusi video yang dimuat naik oleh @uzm_87, ia menunjukkan sekumpulan jemaah umrah […]

Featured Wed, 3 May 2023
Featured Tue, 21 Dec 2021

Pasukan Harith Iskander Berjaya Selamatkan Ibu, Bayi Terperangkap Banjir

Pelawak dan pengacara Harith Iskander, 55, yang menjalankan misi menyelamat di beberapa lokasi banjir tular di media sosial apabila dia dan pasukan berjaya menyelamatkan seorang wanita dan bayi yang terperangkap. View this post on Instagram […]

Featured Thu, 8 Sep 2022

Azhar Sulaiman Ulas Isu Puteri Balqis, Netizen Sindir Minta Tegur Anak Sendiri Dulu

Itulah kan kita tak ada dekat tempat orang tu so tak boleh nak ulas sesuka hati 😌

Featured Wed, 1 Apr 2020
Featured Fri, 13 Jan 2023

Selepas 6 Tahun, Ameem Abdul Akhirnya ‘Leraikan’ Hubungan Cinta Lama Terbina

Nak lepaskan hubungan yang dah terjalin lama bukan mudah kan?

Featured Mon, 24 Dec 2018

12 Jenis Ubat Yang Wajib Anda Simpan Di Rumah

Ubat-ubat ini boleh beli di farmasi berdekatan.