Categories: Featured

Menu Popular Kari Kambing 40 Hari Di Johor Buat Ramai Terliur

Restoran Kari Kambing 40 Hari merupakan salah satu restoran yang popular di negeri Johor. Mungkin anda boleh jadikan restoran ini sebagai satu destinasi yang harus dikunjungi apabila berkunjung ke negeri tersebut. Lokasinya yang terletak di Yong Peng telah menawan hati hampir 800 orang pengunjung setiap hari untuk menikmati kari kambing dan nasi Arab. 

Menariknya, restoran ini berkonsepkan layan diri iaitu pelanggan perlu beratur untuk mendapatkan sepinggan nasi Arab, ayam atau kambing dengan harga RM13 sahaja! Jika anda pergi ke restoran ini dengan keluarga atau rakan-rakan, anda juga boleh memilih untuk makan di atas dulang dengan harga RM48 sahaja dan harga ini termasuk dengan satu jug air minuman. Satu dulang ini boleh dinikmati sehingga empat orang dan makan di ruang duduk bersila. Wah, cara ini boleh kukuhkan ukhwah kan? Jom kita tengok hidangan restoran ini, mesti anda terliur!

Foto: Facebook Kari Kambing 40 Hari

Foto: Facebook Kari Kambing 40 Hari

Foto: Facebook Kari Kambing 40 Hari

Foto: Facebook Kari Kambing 40 Hari

Nampak macam sedap kan? Tetapi memang sedap sebab kami dah cuba tau! Daging kambing yang dijual sangat lembut, nasinya pula sangat sedap, memang tidak terkata kesedapannya! Selain hidangan nasi arab ini, terdapat menu lain yang anda boleh cuba iaitu mi rebus gearbox RM8 semangkuk, roti canai RM1 sekeping dan kari kambing RM7 semangkuk. 

Foto: Facebook Kari Kambing 40 Hari

Foto: Facebook Kari Kambing 40 Hari

Ini pula maklum balas pada mereka yang dah cuba makan di restoran ini:

Foto: Facebook Kari Kambing 40 Hari

Restoran ini dibuka setiap hari bermula jam 7.30 pagi sehingga 3.30 petang. Jadi kepada anda yang masih belum mencuba makanan di restoran ini, bolehlah rancang untuk pergi pada hujung minggu nanti ok! Gerenti anda akan puas hati dengan hidangan mereka! 

Alamat restoran:

215 Kampung Haji Ghafar,

Batu 5 ½, Jalan Yong Peng, Johor.  

Sumber: Facebook Kari Kambing 40 Hari

tex_admin