Featured By: Fadzlena Jafar April 6, 2020 @ 2:14pm

Perokok dijangkiti COVID-19 lebih berisiko meninggal dunia

Kajian awal yang dijalankan di Wuhan ketika kemuncak penularan wabak COVID-19, Februari lalu mendapati kebarangkalian perokok yang dijangkiti novel koronavirus itu meninggal dunia 14 kali lebih tinggi berbanding pesakit yang tidak merokok.

Kajian berkenaan yang didedahkan baru-baru ini, menyebabkan kebanyakan negara yang terkesan akibat COVID-19 mula mempromosikan gaya hidup sihat selain menggalakkan masyarakat supaya berhenti merokok.

Di Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berulang kali mengingatkan masyarakat supaya berhenti merokok ketika beliau mengadakan sidang media harian COVID-19.

“Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai supaya menjalani gaya hidup aktif dengan melakukan aktiviti fizikal ataupun senaman ringan.

“Bagi mereka yang merokok, gunakan peluang ini untuk berhenti merokok. Bukan perokok pula boleh menegur ahli keluarga yang merokok agar semua bebas daripada bahaya rokok dan asap rokok,” katanya pada sidang media harian COVID-19, 31 Mac lalu.

Kelmarin, agensi berita antarabangsa, CNN International (CNN) melaporkan kebanyakan pakar perubatan menasihatkan perokok supaya menghentikan tabiat berkenaan jika ingin meningkatkan sistem pertahanan badan terutama jika dijangkiti COVID-19.

Jurucakap Persatuan Paru-paru Amerika Syarikat (AS) yang juga pensyarah perubatan di Universiti Vanderbilt, AS, Prof Dr Brian Christman, berkata merokok akan menyebabkan pesakit yang positif COVID-19 sukar untuk melawan virus berkenaan, sekali gus menjadi punca kegagalan sistem pernafasan.

“Kebanyakan pesakit yang positif COVID-19 terdiri daripada mereka yang berumur  lebih 60 tahun kerana apabila dijangkiti, mereka berisiko mengalami lebihan cecair dalam paru-paru dan tidak mempunyai kekuatan untuk melawan keadaan ini.

“Keadaan sama juga berlaku kepada perokok, namun jika mereka berhenti sekarang keradangan dalam paru-paru boleh berkurangan dalam masa beberapa minggu, sekali gus meningkatkan peluang untuk melawan gejala COVID-19 seperti batuk dan kesukaran bernafas,” katanya.

Kesukaran bernafas antara punca kematian dalam kalangan pesakit yang dijangkiti COVID-19. (Gambar hiasan/AFP)

Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, dalam satu kenyataan, baru-baru ini melaporkan kajian menunjukkan perokok yang berhenti merokok ketika ini berupaya meningkatkan peluang seseorang itu melawan jangkitan COVID-19.

Laporan itu, menyatakan apabila seseorang itu berhenti merokok silium (cilia) dalam paru-paru antara bahagian yang terlebih dulu sembuh. Silium yang berbentuk seperti rerambut akan kembali berfungsi dengan beralun bagi memudahkan udara keluar dan masuk dalam paru-paru.

Peningkatan fungsi silium akan membantu badan untuk lebih mudah melawan selesema dan jangkitan, selain membuang mukus dalam paru-paru. Keadan itu secara tidak langsung mengurangkan risiko kesukaran pernafasan yang sering dikaitkan dengan pesakit kronik COVID-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 21 May 2018

Nak Belajar Cara Membuat Bubur Lambuk Kampung Baru, Nah Ini Resipinya

Keistimewaan bubur lambuk Kampung Baru adalah ramuan herba dan rempah ratus yang digunakan sejak 60 tahun lalu tidak pernah berubah

Featured Thu, 10 Mar 2022
Sihat Mon, 15 Oct 2018

4 Fakta & Mitos Gula Yang Perlu Anda Tahu

Benarkah gula punca gemuk dan penyakit?

Featured Wed, 13 Oct 2021
Featured Tue, 15 May 2018

Fizi Woo Dedah Sejarah Era Revolusi Perancis 1780-an Menerusi Koleksi The Bread Winner

Koleksi The Bread Winner diinspirasikan daripada sejarah perjuangan golongan wanita semasa Revolusi Perancis 1780-an.

Featured Thu, 26 Aug 2021
Featured Wed, 19 Feb 2020

DIY meja dengan duit syiling lama satu sen, hasilnya memang WOW!

Makan hatilah akaun pengumpul duit syiling lama