Sihat By: Ad Ops October 15, 2018 @ 1:30pm

4 Fakta & Mitos Gula Yang Perlu Anda Tahu

Keburukan gula tidak dapat dinafikan lagi kerana ia dipercayai penyumbang utama terhadap pelbagai masalah kesihatan.

Menurut pakar kimia, penyakit jantung dan obesiti bukan disebabkan oleh pengambilan gula berlebihan, tetapi berpunca daripada lemak tepu di dalam gula yang dijual di pasaran.

Jom semak mitos dan fakta yang anda perlu tahu tentang gula.

Mitos 1: Gula punca gemuk dan penyakit

Foto: Macro Lean

Kebenarannya: Gemuk dan penyakit bukan disebabkan oleh gula, tetapi pengambilan makanan manis yang tinggi kalori dalam kuantiti yang banyak. Gula mudah dihadam oleh badan dan ini membuatkan kalori dibawa bersama-sama gula sementara anda tidak puas menikmati makanan manis. Keadaan ini menyebabkan penyumbangan kalori ke dalam badan dan berlakunya masalah kesihatan.

Mitos 2: Pemanis semula jadi lebih baik

Foto: Sarita.in

Kebenarannya: Tidak! Semua pemanis semula jadi termasuk madu, sirap maple dan stevia memberikan kesan yang sama terhadap tubuh. Terdapat penyelidikan mengaitkan fruktosa iaitu gula yang didapati dalam buah khususnya menyebabkan perubahan hormon yang mendorong anda makan berlebihan. Peningkatan selera makan itu boleh menyebabkan pertambahan berat badan dan masalah kesihatan yang berkaitan.

Mitos 3: Kurangkan gula kerana tidak bagus

Foto: The Express Tribune Blog

Kebenarannya: Gula sangat diperlukan oleh otak. Ketiadaan gula boleh menyebabkan otak menjadi lembap dan tidak cergas. Penggunaan ‘tanpa gula’ atau ‘tanpa gula tambahan’ menimbulkan persepsi yang salah terhadap pengguna. Sebaliknya, pengguna harus tahu bahawa di dalam produk berkenaan biasanya menggunakan pemanis atau gula buatan (artificial) yang boleh memberi kesan yang lebih buruk daripada gula biasa.

Mitos 4: Jus buah-buahan tidak dikira sebagai minuman manis

Foto: Badajari.lk

Kebenarannya: Peraturan baru FDA mengenai label pemakanan memerlukan pendedahan gula tambahan. Ia 100% tidak termasuk jus buah-buahan dan sayuran. Tetapi menurut Nestle, gula adalah gula, dan glukosa serta fruktosa diproses di laluan metabolik yang sama tanpa mengira dari mana ia datang. Jus buah mempunyai banyak gula, disebabkan itu ia harus diambil dalam jumlah yang kecil walaupun gula diiringi oleh vitamin, mineral dan serat.

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 3 May 2020

Pematuhan pada SOP mampu bendung penularan COVID-19

Masyarakat dituntut beri kerjasama

Featured Thu, 30 Apr 2020

KKM pantau 3 kluster COVID-19 di Sarawak

5 kes baharu dikesan di Bumi Kenyalang

Featured Sat, 4 Apr 2020
Featured Tue, 13 Aug 2019
Sihat Wed, 30 May 2018

Tiada Lagi Kebimbangan, Ada Solusi Untuk Pengidap Diabetes Jalani Ibadah Puasa Sempurna

Diabetes sering dianggap sebagai penyakit yang mendatangkan masalah kepada pesakit ketika Ramadan kerana mereka tidak boleh mengambil makanan dalam tempoh masa yang lama melebihi 12 jam setiap hari.

Featured Sat, 16 May 2020
Featured Mon, 19 Nov 2018

Berkhasiat Atau Tidak Makan Organ Dalaman Haiwan?

Hati, perut, usus, lidah antara jenis organ dalaman haiwan.

Semarak Wed, 23 May 2018

Ikuti Tip-Tip Ini Supaya Anda Kekal Sihat Dan Bertenaga Sepanjang Ramadan

Tak sah kalau tak rasa letih, jadi amalkan beberapa perkara ini agar sentiasa sihat.