Featured By: Shaidah Shafie May 3, 2020 @ 9:22pm

Rakyat boleh lapor kepada pihak berkuasa jika ada pelanggaran SOP

Rakyat digalakkan membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mendapati ada individu atau premis yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan berkenaan dapat membantu pihak berkuasa yang mungkin tidak mampu untuk membuat pemantauan di semua tempat di seluruh negara.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan PKP, di Putrajaya, hari ini. Foto: Harry Salzman.

“Kerajaan sangat mengalu-alukan rakyat yang ingin membuat laporan sekiranya mendapati ada pihak atau individu melanggar SOP ditetapkan Kerajaan ketika PKPB.

“Kerjasama masyarakat amat diperlukan bagi membantu Kerajaan membendung wabak COVID-19 daripada terus meningkat ,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan PKP, di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan media mengenai kebimbangan masyarakat terhadap kepatuhan rakyat menjelang pelaksanaan PKPB , terutama apabila hampir semua aktiviti perniagaan akan mula beroperasi.

Orang ramai membeli-belah keperluan harian di pasar raya – gambar hiasan. Foto: NSTP/Saifulizam Tamadi.

Kebanyakannya meramalkan rakyat akan keluar melakukan aktiviti biasa di luar termasuk membeli-belah bersama keluarga, menikmati hidangan di kedai dan juga melakukan aktiviti riadah secara berkumpulan , sekali gus meningkatkan risiko jangkitan baharu COVID-19.

Ismail Sabri berkata, meskipun kelonggaran untuk beroperasi diberikan, setiap premis masih tertakluk pada SOP yang dikeluarkan Kerajaan, malah pihak berkuasa tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap premis berkenaan.

Penjarakan sosial perlu dipatuhi orang ramai sepanjang PKPB ini – gambar hiasan. Foto: NSTP/Izzul Ahmad.

“Seperti yang dimaklumkan, walaupun kita memberi kebenaran pada pemilik premis untuk meneruskan perniagaan, mereka masih lagi tertakluk pada SOP yang dikeluarkan Kerajaan.

“Sebagai contoh, jika ada pelanggaran SOP atau seorang sahaja pekerja di premis berkenaan didapati positif COVID-19, seluruh premis atau perniagaan itu akan ditutup serta-merta,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 13 Aug 2021

Suntikan Vaksin Kanak-Kanak & Remaja Bakal Bermula Pertengahan September – KJ

Menurut Menteri Penyelaras Khairy Jamaluddin, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang akan diperluas bermula pertengahan September nanti melibatkan golongan remaja tertentu berumur 12 hingga 17 tahun. Berita itu dimaklumkan beliau menerusi laman rasmi Twitter setelah […]

Featured Wed, 27 Oct 2021

Tak Tahan Digganggu, Tindakan Berani Gadis Ini Menegur Lelaki Yang Mengikutinya Dapat Perhatian Ramai

Siapa sahaja yang tidak takut apabila terdapat lelaki tidak dikenali memerhati dan mengganggu ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Pada Selasa yang lalu, satu video di TikTok tular dimana seorang gadis berhadapan dan menegur lelaki […]

Featured Wed, 19 Apr 2023

Akui Takut Untuk Berkahwin, Riena Diana Titip Pesanan Padu Pada Penyondol! – “Tak Boleh Banyak Mulut, Jangan Harap Layanan Sama Dengan Madu”

Min setuju dengan Riena. Buat penyondolss di luar sana, dengar ni pesanan makan dalam Lailerrrr 🤪🤪

Featured Tue, 30 Aug 2022