Bagi penggemar lemang, agak sukar untuk mencari juadah istimewa itu pada Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) ini.
Mungkin kerana sukar untuk mencari buluh sepanjang PKPB. Meskipun kelonggaran diberikan, tetapi mencari buluh di hutan pada detik yang penuh mencabar ini mungkin tidak begitu bersesuaian.
Oleh itu, ramai juga yang menggunakan pengetahuan sains ketika belajar dulu untuk menghasilkan lemang segera ketika tempoh PKPB.
Antaranya, perkongsian pemilik akaun Facebook Mohd Nor Salam Harun mengenai cara memasak lemang menggunakan cawan kertas menarik perhatian ramai warga siber.
Ketika dihubungi, Mohd Nor Salam berkata, resipi lemang itu diwarisi daripada ibunya, Noraini Aw Sulong dengan penambahbaikan kaedah memasak menggunakan cawan kertas.
“Pada musim PKPB ini, pergerakan menjadi sangat terhad dan menyukarkan kita untuk masuk ke hutan semata-mata hendak mencari buluh bagi memasak lemang. Jika sukar bagi masyarakat yang duduk di kampung seperti kami, apatah lagi yang duduk di bandar.
“Memandangkan ada sesetengah daripada kita bersemangat hendak masak sendiri sesuatu juadah itu walaupun boleh dibeli secara dalam talian. Oleh itu video ini saya buat khas untuk mereka yang hendak cuba memasak lemang sendiri terutama mereka yang merayakan Aidilfitri tahun ini di perantauan,” tulisnya.
Walaupun rasa lemang cawan ini tidak boleh lawan keenakan lemang dalam buluh, sekurang-kurangnya anda pasti berpuas hati kerana berjaya memasak sendiri lemang tahun ini.
Resipi ini untuk jumlah 5 lemang saiz cawan kecil.
– 2 cawan beras pulut (dicuci dan ditapis)
– 2 cawan santan cair ataupun 1 cawan santan pekat + 1 cawan air
– Garam secukup rasa
– Gula secukup rasa
– Cawan kertas
– Daun pisang (jika tiada, boleh guna kerajang aluminium)
Kredit: Facebook Mohd Nor Salam Harun & Instagram: @lamlammakan
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅
Jangan buat main fasal anak ya!
Betul! Emosi sangat penting
Ini penjelasan Redza