Categories: Trending

[TERKINI] Palsu Dokumen Rentas Negeri, Penjawat Awam Ini Didenda RM1,800

Seorang penjawat awam didenda sebanyak RM 1,800 selepas mengaku bersalah di Majistret Alor Setar kerana memalsukan dokumen kebenaran merentas negeri hari ini.

Mohd Norhisham Ismail, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor.

Beliau yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Putrajaya didakwa mengikut Seksyen 177 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan dokumen.

Sumber : Google

Memetik laporan Harian Metro, Mohd Norhisham sepatutnya pulang ke Putrajaya pada 17 Mei lalu, namun dia dipercayai menukar tarikh pada surat kebenaran kepada 26 Mei bagi membolehkannya tinggal lebih lama di kampung bagi menyambut Aidilfitri.

Mohd Norhisham bersama isteri turut memberi alasan pulang untuk menghantar ubat kepada bapanya di Pendang, Kedah. Namun, pihak polis mengesyaki sesuatu mencurigakan pada surat kebenarannya.

Justeru itu, lelaki terbabit dan isterinya tidak dibenarkan pulang ke Putrajaya sehingga siasatan kes selesai.

Salma Syahbuddin