Categories: Trending

[TERKINI] Akhirnya Mayat Mangsa Lemas Tiga Beradik Ditemui

Dalam tempoh 24 jam ini, akhirnya operasi mencari dan menyelamat mayat tiga beradik yang dilaporkan lemas di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu berakhir hari ini.

Sumber : Google

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Md Hilman Abdul Rashid berkata, pihaknya memulakan operasi sebaik menerima laporan kejadian jam 6.30 petang semalam.

” Operasi yang disertai seramai 85 anggota polis, bomba, APM , Unit Pengesan Anjing (K9) dan Rela mengambil masa 18 jam sebelum kesemua mangsa ditemui.

Sumber : Google

Semua mangsa ditemui pada jarak 50 meter antara satu sama lain”

Sementara itu, abang sulung mangsa iaitu Amirul Aizam, 29, bersyukur kerana ketiga-tiga adiknya sudah ditemui dalam keadaan sempurna.

Dalam kejadian yang berlaku semalam, tiga beradik lelaki iaitu Khalif Naim, 16, Khairil Firdaus, 17, dan Umar Iskandar, 21, lemas ketika mandi di kawasan sungai kira-kira 200 meter dari rumah mereka pada jam 6.30 petang pada Rabu.

Salma Syahbuddin