Eat Travel By: Ad Ops December 18, 2019 @ 5:18pm

Resipi Nasi Komok yang sangat sedap dan mudah

Mungkin ramai yang tidak pernah dengar atau tahu mengenai hidangan nasi komok. Hidangan berasal dari daerah di selatan Thailand itu  juga dikenali dengan nama khao mok gai.

Ada juga yang menyebut nasi komok ini sebagai nasi beriani Siam, tidak kurang juga yang mengatakan rasanya seperti nasi Arab.

resipi nasi komok

Nasi komok cukup popular di negeri Pantai Timur, malah pes rempah khasnya juga mudah didapati di kawasan berhampiran Thailand dan sekitar Kelantan terutama sekali di daerah Rantau Panjang.

Hidangan ini seperti nasi goreng, tetapi boleh dihidangkan dengan pelbagai lauk. Aroma hidangan ini cukup wangi dan rasanya amat memikat selera.

Apa pun, jangan bimbang jika tidak ada rempah nasi komok, anda boleh cuba untuk membuat sendiri rempah nasi komok. Resipi di bawah menunjukkan bahan-bahan dan cara penyediaan daripada awal sehinggalah akhir. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

  • 125 gram mentega
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • ½ biji bawang besar
  • Bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun bay
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 ½ sudu besar jintan manis
  • 1 ½ sudu besar jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk kurma
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kayu manis
  • Sebiji tomato
  • 5 biji cili padi
  • Sedikit akar daun ketumbar
  • 3 cawan air
  • 1 ½ cawan susu cair
  • ½ ekor ayam
  • 3 cawan beras
  • Garam & gula secukup rasa

Cara penyediaan:

  • Panaskan kuali dan masukkan mentega
  • Kemudian, masukkan kesemua bahan menumis dan tumis sehingga naik bau

resipi nasi komok

  • Masukkan serbuk kari, jintan putih, jintan manis, serbuk kunyit, serbuk kurma dan serbuk kayu manis
  • Langkah seterunya, masukkan sedikit air dan kacau sehingga rempah sebati
  • Setelah itu, masukkan sebiji tomato, cili padi dan akar ketumbar

resipi nasi komok

  • Seterusnya, masukkan air dan susu cair
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa
  • Kemudian, masukkan ayam dan biar sedikit mendidih
  • Akhir sekali, masukkan beras dan tutup periuk sehingga nasi masak

resipi nasi komok

Nasi komok siap untuk dinikmati seisi keluarga. Hidangan ini enak dimakan bersama salad sayuran dan sambal tomato.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 2 Apr 2020
Featured Fri, 20 Mar 2020

Basuh tangan atau sapu cecair pembasmi kuman?

Apa-apa pun, utamakan kebersihan!

Featured Tue, 18 May 2021

Hampir Kehabisan Katil, Netizen Puji Usaha Majalah 3 Tunjuk Keadaan Sebenar Pesakit ICU Covid-19

Situasi Covid-19 dalam negara kita semakin hari semakin genting. Dengan kemungkinan berlakunya gelombang baharu Covid-19, bilangan kes positif daripada wabak itu masih merekodkan jumlah yang tinggi setiap hari. Menerusi dokumentari eksklusif Majalah 3, Pusat Kuarantin 

Featured Wed, 30 May 2018

Biarpun Sibuk Shooting, Ia Bukan Alasan Emma Maembong Tidak Berpuasa!

Jom semak tip sahur dan cara pelakon yang popular menerusi drama “Kau Yang Terindah” ini kekal bertenaga di set penggambaran.

Cahaya Mata Wed, 7 Sep 2022

Jihan Muse Selamat Melahirkan Anak Kedua

Alhamdulillah selamat semuanya.. Tahniah Jihan dan suami..

Featured Wed, 4 Aug 2021

Pandelela Layak Ke Pusingan Separuh Akhir Tokyo Olimpik, Menanti Debaran Akhir Esok

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong sekali lagi berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila layak menduduki tempat ke-18 pada saingan kelayakan pusingan separuh akhir 10 meter (m) platform individu wanita Sukan Olimpik yang berlangsung sebentar tadi. Pandelela

| Live TV

error: Content is protected !!