Categories: FeaturedSihat

Roti Canai & Teh Tarik Penyumbang Terbesar Kepada Kes Obesiti Di Malaysia

Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti rasa bangga dengan adanya makanan dan minuman yang ikonik seperti roti canai dan teh tarik.

Dah lah sedap, murah pula. Bila pergi ke kedai mamak, gabungan makanan dan minuman ini dah cukup untuk satu meal.

Malangnya, kedua-duanya baru-baru ini telah dikenal pasti sebagai punca utama kepada masalah obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia.

Seorang pakar bedah dari Seremban KPJ Specialist Hospital, Dr. A. Vijaya Shankar berkata, “Walaupun semua orang tahu yang makanan ini mengandungi jumlah kalori dan gula yang tinggi, mereka tak kisah kerana ia memang popular bagi orang ramai.

“Mereka dah biasa lepak di restoran 24 jam dan menikmati hidangan roti canai dan teh tarik. Ini adalah tidak sihat dan menyumbang kepada kes obesiti yang semakin meningkat di negara kita.”

Menurut Dr. Vijaya, hidangan ini popular kerana ia mudah didapati dan disediakan. 5 minit saja dah siap.

Foto: Utusan

“Sekarang ini kita tidak lagi masak makanan kita macam sebelum ini. Dulu, orang ramai kerap berjalan dan berkebun. Kerana gaya hidup mereka itu, mereka lebih sihat dalam jangka masa panjang.

“Sekarang ini pula, orang tak kisah sangat tentang bahan ramuan dalam makanan mereka; malas nak bersenam atau jalan jadi mereka sering jatuh sakit.

“Kadangkala kita kena hidup macam orang dulu-dulu. Benda paling senang kita nak buat adalah dengan menaiki tangga.”

Dr. Vijaya menambah, kini lebih ramai wanita yang obes berbanding lelaki, dan 40% daripada orang dewasa adalah obes.

“Ramai kanak-kanak juga semakin gemuk disebabkan oleh genetik dan juga kerana mereka mengikuti tabiat makan ibu bapa mereka.

“Makan sajian yang lebih berkhasiat dan elak daripada mengunjungi restoran 24 jam.”

Katanya lagi, obesiti, kolestrol tinggi, darah tinggi dan kencing manis menyebabkan sindrom metabolic yang boleh mengakibatkan sakit jatung, strok dan kematian.

Sumber: New Straits Times

Ad Ops