Categories: FeaturedSihat

Sakit Kepala? Urut Badan Anda Di 11 Bahagian Ini Untuk Merawatinya

Adeiii! Bila sakit kepala, memang susah nak “berfungsi”.

Kalau boleh nak hentakkan saja kepala di dinding, ataupun tidur terus dengan harapan sakit kepala itu akan lesap bila bangun.

Cara paling lazim untuk redakannya ialah dengan menelan Panadol 2 biji, tapi tak elok makan pil banyak-banyak, kan?

Apa kata anda cuba cara lain? Tak payah telan pil, tak payah gosok minyak, tak payah hentak kepala.

Video di bawah ini menunjukkan 11 titik tekanan (pressure points) pada badan anda. Jika diurut dengan teknik yang betul, ia boleh melegakan kesakitan yang kita alami.

Ikut saja cara mengurut yang ditunjukkan. Nescaya sakit kepala anda akan hilang.

Kalau kesakitan ini berterusan, pergilah jumpa doktor. Jangan dibiar melarat pula!

Sumber: DIY Ideas

Ad Ops