Categories: Eat Travel

8 Kek Ini Nampak Realistik Sangat, Tak Tahulah Nak Makan Atau Simpan Buat Kenangan

Untuk sesetengah orang, nak buat kek biasa pun susah. Jadi jangan haraplah kalau nak buat kek yang direka bentuk cantik-cantik hingga nampak macam sebuah objek yang tersangatlah realistik.

Walau bagaimanapun, ini dikira kacang putih saja untuk golongan yang profesional. 

Berikut adalah gambar-gambar kek yang telah direka khas dan dihias sampai tak nampak macam kek tapi benda sebenar yang menginspirasikan kek itu. Ada yang anda takkan percaya adalah kek!

1. Baby Zirafah

Sesiapa yang potong kek ini mesti rasa tak sampai hati. Macam menyembelih binatang pula.

2. Tacos

Okay, sekarang tiba-tiba terasa lapar.

3. Rumah Gingerbread

Kek ini nampak lagi mewah daripada rumah anda. 

4. Daging dan seafood panggang

Tengoklah udang itu! Macam rumit saja nak buat! Dan botol wain itu boleh dimakan ke?

5. Daging unicorn

Argh, lapar! Nampak macam daging roast, tapi bila potong, isinya berwarna-warni!

6. Asparagus

Kalau sayur betul, memang tak berminat nak makan, tapi memandangkan ia adalah kek Devil’s Food, nak!

7. Perpustakaan

Penuh detail! Mesti payah nak bentukkan fondant kecil-kecil begini. Mesti kena banyak bersabar ni!

8. Biskut rokok

OK, yang ini bukan kek, tapi puntung rokok di dalam ashtray ini sebenarnya adalah biskut. Err, anda sanggup makan tak?

Gambar-gambar yang dikongsi seterusnya bukanlah kek, tetapi pelbagai jenis makanan lain. Sama saja dengan kek-kek di atas, mereka telah direka bentuk menjadi objek yang realistik, tapi boleh dimakan.

Kreatif betul mereka ini! Yang penting, kita yang tak profesional ini pun boleh buat. 

1. Apple smiles

Anda perlukan mini marshmallows, sedikit mentega kacang dan kepingan buah epal. Sesuai kot untuk dihidangkan bagi sesiapa yang baru saja menanggalkan pendakap gigi mereka.

2. Kentang panggang

Nampak macam baked potato dengan sour cream, tapi ia sebenarnya ais krim coklat yang disalut dengan serbuk koko! Di atasnya adalah krim putar. Mentega cair itu sebenarnya gula-gula yang dicairkan.

3. Ais krim cupcake

Hmm. Cara membuatnya ialah dengan mengisi kon ais krim ini dengan adunan kek (2/3 penuh), letakkannya dalam dulang muffin dan bakar macam biasa. Cupcake atau ais krim, dua-dua sedap!

4. Jagung

Jagung ini dibuat dengan melekatkan gula-gula candy corn ke sebiji pisang. Kalau susun cantik-cantik, mesti nampak realistik. Tapi memang sakit gigilah kalau telan sekali harung!

5. Cheeseburger

Roti untuk burger ini diperbuat daripada muffin yang dibelah dua! Tapi keseluruhannya ia rumit sikit, sebab kena pakai krim. Tapi kalau berjaya, gerenti orang akan sumbat terus ke mulut. Siapa tak suka burger?

Sumber: Twentytwowords

Ad Ops