Categories: Eat TravelFeatured

Teringin Nak Makan Laksa Johor? Ini Dia Resipi Yang Gerenti Sedap

Syoknya kalau dapat berbuka puasa atau makan malam dengan laksa!

Di Malaysia ada macam-macam jenis hidangan ini, dan salah satu yang menarik ialah laksa Johor.

Dalam banyak-banyak laksa, yang ini saja yang dimakan dengan spageti. Moden sungguh! Kuahnya pun pekat dan likat. Nyam!

Menurut Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, dulu-dulu, orang Johor makan laksa Johor dengan tangan! Katanya cara itu membuatkannya rasa lebih enak.

Hmm… bolehlah cuba!

Di sini ada satu resipi untuk laksa Johor yang dikongsikan oleh Maggi. Nampak macam rumit dan ada banyak ramuan, tapi tak apa, buat slow-slow.

Bahan-bahannya:

  • 400 gram ikan kembung
  • 100 gram udang, dipotong pada bahagian belakang dan dibuang kulit jika perlu
  • 2 liter air
  • 3 ketul asam jawa
  • 1 batang bunga kantan
  • 3 sudu besar minyak jagung
  • 3 ulas bawang
  • 4 ulas bawang putih
  • ½ inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 4 sudu besar pes cili
  • 4 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar udang kering, direndam
  • 1 liter stok air rebusan ikan
  • 100 ml santan cair
  • 1½ sudu besar serbuk penambah perisa
  • 2 sudu besar gula
  • 500 gram spageti, direbus

Bahan-bahan condiment:

  • Tauge, kulitnya dibuang, dicuci dan dikeringkan
  • Kacang panjang, dihiris nipis
  • Laksa, dihiris
  • Daun selasih, dihiris
  • Bawang besar, dihiris
  • Sambal belacan untuk dimakan bersama laksa (optional)

Nak pelajari caranya, ikuti langkah-langkahnya di dalam video ini:

Sumber: Maggi

Ad Ops