Jika semalam Hijab & Heels berkongsi resipi kopi dalgona yang tular di tengah-tengah kekecohan wabak COVID-19, sehingga golongan selebriti seperti Scha Alyahya dan jurusolek terkenal, Syed Dewa tertarik mencubanya
Hari ini, kita ingin kongsikan satu lagi resipi yang turut diperkatakan ramai. Kek gula hangus atau sarang semut, satu-satunya kek ‘hangus’ yang enak di makan!
Kek gula hangus boleh diklasifikasikan sebagai kek buatan Malaysia. Kenapa tiba-tiba saja semua orang sibuk mencari resipi kek gula hangus ini? Ini semua penangan pelakon dan pengacara, Awal Ashaari.
Empat hari lalu, isterinya, Scha Alyahya membuat cabaran dengan mencabar Awal untuk menghasilkan kek gula hangus memandangkan kek yang dibuatnya dan seorang teman sebelum itu tidak begitu menjadi.
Siapa sangka, kepakaran Awal di dapur dengan menggunakan tanda pagar #dapurdaddy telah berjaya menghasilkan kek gula hangus yang bukan saja tampak sempurna, malah menyelerakan!
Ekoran video yang dipaparkan Awal dan Scha itu, ramai yang mula tercari-cari resipi kek gula hangus.
Pada kesempatan ini, Hijab & Heels ingin berkongsi resipi kek yang hanya menggunakan bahan-bahan ringkas, namun sangat enak sebagai hidangan seisi keluarga.
2 cawan gula pasir
2 cawan air panas (pastikan ia benar-benar panas)
3 sudu penuh mentega
7 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum (diayak)
2 sudu teh soda bikarbonat (diayak)
1 sudu teh serbuk penaik (diayak)
1/2 cawan susu pekat manis/ susu cair
2 sudu teh esen vanilla
Alternatif lain jika tidak mempunyai ketuhar, anda boleh menggunakan kaedah mengukus menggunakan periuk nasi elektrik lebih kurang 1 jam.
Selamat membesarkan diri!
Sumber: YouTube
Save the date!
Mungkin ini yang terbaik untuk Syasya 🫶🏼
Innalilahiwainnailaihirajiun
Fuh ramai yang restu ni!! Sabar okay semua