Categories: FeaturedOh Lawa

Tip mudah untuk jadikan bulu mata palsu anda lentik dan nampak baru berpanjangan

Bagi mereka yang tak dikurniakan dengan bulu mata yang lentik dan panjang, bulu mata palsu memang membantu dalam mendapatkan efek rupa mata yang dramatik.

Bila anda menggunakan sepasang bulu mata palsu yang baru, memanglah ia nampak lentik. Tetapi setelah dipakai beberapa kali, “kelentikan” itu akan lama-lama hilang. Kalau gunakan pengetip bulu mata pun belum pasti kelentikan itu akan tahan lama.

Jika perkara ini berlaku kepada anda, jangan risau. Jangan beli yang baru kerana bulu mata palsu tadi masih boleh digunakan. Anda hanya perlu tahu bagaimana untuk kembalikan kelentikan tadi.

Menurut pakar bulu mata Loreta Jasilionyte, ada satu cara efektif yang anda boleh cuba, dan ia sangatlah mudah (dan murah!). 

“Sebelum anda pakaikan bulu mata palsu anda, lembapkannya dengan air, dan kemudian letakkannya di atas sekeping kertas,” kata Loreta.

“Gulungkan bulu mata palsu yang berbalut itu di sekeliling sebatang pensel dan ikatkan dengan getah. Biarkan selama sejam atau hingga ia dah betul-betul kering.”

Sekarang bulu mata palsu ini akan nampak lentik, seolah-olah ia baru dibeli.

Mudah saja, kan? Nanti cuba, ya!

Sumber: Popsugar

Ad Ops