Featured By: Yanie Baharom April 24, 2020 @ 4:00pm

Topeng muka pengantin perempuan ini cantik sangat, bakal digayakan dalam majlis ijab kabul dalam talian Isnin ini

Ramai bakal mempelai yang kecewa apabila terpaksa membatalkan perkahwinan gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Masakan tidak, kad undangan sudah diedar, baju pengantin tinggal disarung saja, malah tarikh juga telah ditetapkan dan biasanya bab yang satu ini pasti ada kena-mengena dengan tarikh istimewa bakal mempelai.

Justeru itu, apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meluluskan pernikahan dalam talian dengan syarat perlu mendapat kelulusan khas JAIS, empat hari lalu, bagaikan memberi sinar baharu buat bakal pengantin.

Sekalipun terpaksa melangsungkan pernikahan pada musim PKP, tanpa majlis meriah dan hanya disaksikan segelintir ahli keluarga saja, penampilan pengantin tetaplah kena meletop dalam persalinan putih, layah pengantin, solekan padu dan riasan inai di jari. Sementara mempelai lelaki, berbaju Melayu putih lengkap bersamping dan bersongkok. Barulah kahwin!

Oleh kerana keinginan pelanggan untuk meneruskan pernikahan secara atas talian, pereka fesyen terkenal, Zaimi Zulkafli hadir dengan rekaan topeng muka ‘hingend’ yang telah mendapat perhatian ramai sewaktu memuat naik video topeng muka berkenaan di Instagram.

Foto: Zaimi Zulkafli

“Idea untuk buat topeng muka ‘highend’ ini datangnya daripada perbincangan antara pihak pengantin dan pereka.

“Bakal pengantin agak sedih apabila proses pernikahan terpaksa ditangguhkan atas sebab PKP dan apabila baru-baru ini kerajaan Selangor membenarkan akad nikah secara atas talian dilakukan, terus pengantin meminta saya untuk mereka topeng muka yang bersesuaian dengan busana pernikahannya.

Foto: Zaimi Zulkafli

“Rekaan topeng muka ini mengambil inspirasi daripada busana nikah bakal mempelai sendiri. Rekaan siluet topeng muka ini direka bersesuaian dengan bentuk wajah pengantin dan diukur juga secara dalam talian.

“Pembuatan topeng muka ini, terdiri daripada lima jenis material iaitu sutera crepe, ‘interfacing’, ‘filter woven’, sutera shantung dan renda Perancis. Topeng muka ini dihiasi dengan jemaki manik dan berlian, digayakan sebagai hiasan semata-mata, malah hanya boleh dibasuh melalui cucian tangan,” katanya.

Foto: Zaimi Zulkafli

Jelas Zaimi, pelanggannya itu Baiti dan bakal suaminya, Dhouse akan diijab kabul pada 27 April (Isnin), jam 11.30 pagi menerusi Instagram Live.

Foto: Zaimi Zulkafli

Tambahnya lagi, selepas kerajaan Selangor memberi kebenaran bernikah atas talian, ramai yang menanyakan pakej rekaan busana nikah ketika PKP.

Ini kerana perkahwinan dalam talian mungkin akan menjadi trend di Malaysia termasuk dunia apabila majlis pernikahan ditonton ribuan orang secara langsung. Mempelai pastinya ingin kelihatan cantik, anggun dan kemas pada mata ramai yang menonton pernikahan mereka.

“Pernikahan pada musim PKP tentu saja memberikan memori yang tidak ternilai pada pasangan mempelai kerana jarang pasangan dapat merasai detik pernikahan dalam talian yang boleh ditonton dari segenap dunia,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

zaimizulkafli x @ad_uitm stands for front liners in malaysia #zaimizulkafliwecandoit #stayhome

A post shared by Zaimi Zulkafli (@zaimizulkafli) on

Zaimi menambah, menjalankan perniagaan pada musim PKP bukan sahaja mencabar kemampuannya sebagai pereka, bahkan memberikan impak kepada seluruh industri fesyen terutamanya dari segi cara penyesuaian syarikat dalam mengendalikan situasi PKP. Banyak pekerja mahupun tukang jahit kampung terjejas dari segi pendapatan.

Namun begitu, cabaran itu memberikan idea baharu kepada pereka fesyen untuk memikirkan penyelesaian yang bersesuaian dengan keadaan.

Zaimi dan adiknya, Zulia Zulkafi. Foto: Zaimi Zulkafli

“Satu daripadanya cara untuk menyelesaikan masalah, contohnya membuat ukuran pelanggan secara dalam talian termasuk mengajar pelanggan mengukur dengan tepat. Bukan itu sahaja, pereka juga punya banyak ruang untuk berkarya dan membuat pelbagai rujukan.

“Sepanjang proses PKP ini, kesemua pereka dan seluruh penggiat industri fesyen, bersatu hati bagi membantu negara dengan menghasilkan pakaian perlindungan diri (PPE). Meskipun bantuan kami amatlah kecil, sekurang-kurangnya dapat membantu barisan hadapan melalui saat getir ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Dec 2022

Ramai Puji Sikap Aeril Zafrel Tak Suka Lepak & Pulang Rumah Awal – “Bagus Suami Utamakan Family”

Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal sering melayan karenah peminat ketika bersiaran langsung di TikTok. Baru-baru ini, menerusi perkongsian yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok, Aeril menjawab persoalan pengikut yang mahukan […]

Featured Wed, 7 Sep 2022

Didakwa Eksploitasi Gangguan Seksual Puteri Balqis, Ini Respons YouTuber Bros Gang TV – “Kami Tak Paksa, Bukan Views Yang Dikejar”

YouTuber Bros Gang TV nafi sengaja eskploitasi pendedahan ‘berani mati’ Puteri Balqis

Oh Lawa Tue, 9 Oct 2018
Featured Fri, 7 Apr 2023

[VIDEO] Impian Fuad Rahman Timang Cahaya Mata Tak Kesampaian, Tom Keguguran Di Usia Kandungan 3 Minggu

Allahuakbar… Insya-Allah ada rezeki lain. Sabar ya Tom dan Fuad ❤️

Featured Wed, 9 May 2018

Anda Tak Perlu Gigih Nak Bersihkan, Sekali Celup Boleh Tahan 20 Hari Dakwat PRU14

Jangan gigih sangat nak hilangkan dakwat di jari itu lepas mengundi, sebab ia akan tahan selama 20 hari!

Featured Wed, 23 Mar 2022

“Usaha Dakwah Saya Hanya Jadi Asbab Untuk Asfan, Hidayah Dari Allah” – Nabil Ahmad Tumpang Gembira

Alhamdulillah, seronok rasa mendengar kata-kata Nabil, penuh makna yang mendalam.. 🥺

Featured Wed, 4 Apr 2018

Menu Popular Kari Kambing 40 Hari Di Johor Buat Ramai Terliur

Menariknya, restoran ini berkonsepkan layan diri iaitu pelanggan perlu beratur untuk mendapatkan sepinggan nasi Arab, ayam atau kambing dengan harga RM13 sahaja!