Categories: FeaturedOh Lawa

Wanita Ini Mewarnakan Rambut Panjangnya Macam Pelangi, Rupanya Memang Memukau

Trend rambut bermacam-macam warna memang dah lama ada. Warna neonlah, two-tonelah, ramai yang dah cuba.

Tapi warna rambut pelangi pula mungkin kita jarang dengar atau nampak. Yelah, pelangi kan ada 7 warna? Cuba bayangkan berapa lama masa yang diperlukan!

Seorang hairstylist dari Finland, Rebecca Taylor, bukan saja telah berani mengambil cabaran tersebut. Tapi cuba tengok berapa panjang rambut yang dikerjakannya!

Kalau pendek macam takat bahu, kira senanglah juga. Ini sampai melepasi punggung!

Lepas itu, dia bukannya main letak saja 7 warna pelangi itu di mana-mana! Kesemuanya ikut urutan!

Tapi baguslah pun rambut pengguna Instagram bernama @dhea.anijarv ini panjang. Barulah nampak efek pelangi.

Dan memandangkan ia terlalu panjang, ia boleh didandan dan dijadikan skarf, seperti di dalam gambar di atas.

Tengok video ini di mana @dhea.anijarv mengalunkan rambutnya. Fuhh, hipnotik sungguh, terutamanya di bahagian slow motion!

Kata Rebecca, oleh kerana dia menggunakan produk warna rambut baru Trillion Tones, dia hanya mengambil masa 4 jam untuk mewarnakan rambut @dhea.anijarv.

Produk ini katanya membantu pigment warna untuk menembusi liang rambut sambil mencerahkannya. So tak perlu susah-susah nak bleach.

“Kali terakhir saya mewarna rambut sepanjang ini, saya memerlukan masa 2 hari untuk siapkannya. tapi itu mungkin juga sebab rambut itu perlu diluntur terlebih dahulu.”

Dua hari? Wah! Kena ada dedikasi untuk duduk di bangku salun berjam-jam.

Jom tengok gambar-gambar pelanggan Rebecca yang juga memilih warna pelangi. Cantik sangat!

Foto: Instagram Rebecca Taylor

Rebecca juga ada kongsi tip untuk anda yang telah mewarna rambut.

“Cara paling baik untuk menjaga rambut berwarna ialah untuk tidak mencucinya selalu,” katanya. “Kalau nak cuci pun, pakai dry shampoo.

“Bila anda betul-betul cuci dengan air, gunakan syampu yang bebas dari sulfat, serta conditioner. Lepas itu bilas dengan air sejuk.

“Kalau boleh, jangan gunakan hair curler atau straightener panas. Lebih elok juga jika anda keringkan rambut secara semulajadi tanpa menggunakan hairdryer.”

Sumber: Insider, Instagram Rebecca Taylor

Ad Ops