Gaya Hidup By: Ad Ops March 5, 2019 @ 9:00am

10 harta paling mahal milik Kim Jong Un

Dikenali di seluruh dunia dengan reputasinya sebagai seorang diktator, Kim Jong Un menggunakan kuasanya untuk meraih kemewahan sementara rakyatnya pula hidup dalam kemiskinan.

Setakat ini, nilai bersih pemimpin Korea Utara itu dianggarkan berjumlah RM 20.4 bilion. Jom lihat 10 daripada harta benda paling mewah yang Jong Un miliki.

1. Kumsusan Palace Of The Sun

Inilah tarikan paling popular bagi pelancong yang melawat Korea Utara. Bangunan ini asalnya ialah kediaman rasmi bagi pengasas negara itu, Kim Il Sung, tetapi ia dijadikan sebagai makam oleh anaknya Kim Jong Il yang kini menempatkan jenazah mereka berdua.

Istana ini juga ialah bangunan terbesar yang pernah didedikasikan kepada ketua komunis.

2. Hotel Ryugong

Bangunan ini mempunyai 105 aras dan berbentuk piramid. Pembinaannya dimulakan oleh datuk Jong Un, Il Sung, pada 1989 dan akhirnya disiapkan 26 tahun selepas itu, iaitu pada 2015. Cantik, bukan?

3. Resort ski Masikryong

Dibina khas di atas arahan Jong Un, resort ini terletak di puncak gunung Taehwa iaitu pada ketinggian 1,360 meter. Hotel yang mempunyai 120 buah bilik ini didatangkan dengan menara berbentuk piramid dan boleh memuatkan 5,000 orang pada satu masa.

4. Tentera udara

Pasukan tentera udara Korea Utara terdiri daripada 110,000 ahli. Jong Un dikatakan memiliki 940 buah pesawat yang berlainan jenis dan kebanyakannya dibuat di Russia dan China.

Senjatanya termasuklah pesawat penyerang atas tanah, helikopter penyerang, pesawat pejuang serta kapal terbang kargo yang diterbangkan dengan kipas Antonov An-2.

5. Telefon misteri

Telefon ini dipercayai berjenama HTC tetapi modelnya tidak dapat dikenali pasti.

Menurut laporan Listhogs, rangkaian perlindungannya mempunyai akses ke rangkaian telefon Korea Utara, jadi sebarang perbualan menggunakan telefon berkenaan adalah selamat.

6. Pulau persendirian

Ia kononnya terletak di lokasi rahsia dan pernah digambarkan sebagai ‘luas’ oleh seorang selebriti Amerika yang pernah mengunjunginya.

Pulau ini yang juga digelar sebagai ‘Ibiza Korea Utara’ ini, menjadi pilihan Jong Un untuk mengadakan parti dan membina beberapa bangunan miliknya yang lain.

7. Padang golf

Sesetengah padang golf yang terbaik di Korea Utara adalah milik Jong Un. Beberapa orang telah diambil bekerja oleh pihak kerajaan untuk menjaga padang-padang ini.

8. Kapal tentera

 

Selain memiliki pasukan tentera daratnya sendiri, Jong Un juga turut memiliki pasukan tentera laut. Ia terdiri daripada kapal penyerang, Destroyers, Frigates serta kapal rondaan. Ia meninggalkan bayang gelap terhadap Korea Selatan serta rantau di sekelilingnya.

9. Koleksi piano

 

Jong Un mempunyai lebih 20 buah piano yang ditempatkan di semua kediamannya. Kononnya beliau bermain piano beberapa kali sehari dan jika tersilap, beliau akan menyalahkan piano berkenaan.

10. Kapal selam

Di bawah permukaan air pun mesti ada pengawal? Beberapa kapal selam buatan Soviet disorok di kawasan perairan Korea Utara. Gabungan kapalnya termasuklah 22 buah kapal kelas Romeo dari China, 4 buah kapal kelas whiskey dari Russia serta beberapa buah kapal lain.

Sumber: Viral Ventura

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 7 Mar 2018

Terkena Air Panas? Jauhi Petua-Petua Pelik, Ini Langkah Betul Perlu Dipelajari

Setiap kali kalau kita terkena air atau minyak panas mesti kita akan panik kan?

Featured Tue, 24 Mar 2020
Gaya Hidup Thu, 19 Jul 2018

Ketahui Kegunaan Garfu Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Fikir Selama Ini

Peralatan dapur yang memiliki cabang dipanggil gigi ini juga mempunyai banyak fungsi lain.

Featured Thu, 23 Apr 2020

PKP dilanjut sehingga 12 Mei dengan sedikit kelonggaran

Peperangan menentang COVID-19 perlu diteruskan

Gaya Hidup Sun, 13 Jan 2019
Gaya Hidup Thu, 31 Jan 2019

Apa nak hairan jadi janda, perpisahan dengan CEO jadikan MacKenzie wanita terkaya di dunia!

Bertuahnya dia, harta tujuh keturunan tidak habis makan! 

Featured Fri, 1 May 2020
Gaya Hidup Wed, 18 Jul 2018

Bukan Saja Enak Dimakan, Masker Blueberry Bermanfaat Untuk 3 Jenis Perawatan Kulit

Blueberry, adalah sejenis buah-buahan yang punya banyak manfaat untuk kecantikan kerana kandungan antioksidan yang tinggi.

Gaya Hidup Mon, 9 Apr 2018

Ini 10 Restoran Paling Aneh Di Dunia. No. 2 Gerenti Buat Tekak Anda Loya

Kombinasi hidangan yang menyelerakan dan konsep dekorasi yang hebat, pastinya membangkitkan keterujaan untuk pengunjung kembali semuala ke restoran anda.

Featured Sat, 9 May 2020

Ketahui rahsia ‘air tangan’ Che Nom, semua tampak sedap!

Video langkah demi langkah jadi rujukan ramai