Categories: Gaya Hidup

7 Jenis Makanan Tingkat Keghairahan Agar Suami Tak Cari Lain

Pasif di ranjang atau kurang keghairahan melakukan hubungan seks, sering dikaitkan dengan wanita lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak. Keadaan ini biasanya didorong kesibukan harian di pejabat serta komitmen di rumah.

Bagaimana para ibu dapat menyuntik kembali rasa ghairah sekaligus membuatkan hubungan intim suami isteri terus hangat? Tanpa menggunakan pengambilan pil atau suplemen, akan tetapi melalui pemakanan.

Kami kongsikan tujuh jenis makanan yang dipercayai dapat merangsang keghairahan wanita untuk berasmara. 

http://hihearts.com

Tiram

Tiram termasuk dalam senarai makanan pembangkit ghairah seks sejak dahulu lagi. Kandungan zinc tiram sangat tinggi, sehingga mampu meningkatkan jumlah sperma dan produksi testosteron. Selain itu, tiram juga mengoptimumkan fungsi sistem saraf kerana asid lemak omega-3-nya yang cukup tinggi.

Di samping itu, tiram turut mengandungi dopamine, iaitu hormon yang dikatakan mampu menaikkan nafsu perempuan yang dihasilkan ketika anda sedang terangsang. Jika mahu, anda boleh menikmati tiram dalam keadaan mentah. Sebelum itu, letakkan tiram di atas ketulan ais, kemudian perahlah lemon segar di atasnya.

Strawberi

Cara meningkatkan nafsu perempuan yang boleh anda cuba adalah dengan menikmati strawberi. Warnanya yang merah membantu anda membangkitkan rasa ghairah. Selain itu, strawberi juga merupakan sumber asid folat, salah satu jenis vitamin B yang membantu mengurangi risiko ketika anda melahirkan anak.

Avocado

Avokado kaya dengan asid folic yang membantu metabolisme protein sehingga menghasilkan banyak energi. Avokado juga mengandungi vitamin B6, nutrisi yang dapat meningkatkan pengeluaran hormon lelaki dan potassium yang membantu mengatur thyroid wanita. Kedua elemen ini dapat meningkatkan kesuburan serta rasa ghairah anda dan suami.

Vitamin E yang terkandung di dalam avokado turut membantu tubuh dalam memadukan hormon-hormon seperti testosteron, estrogen, dan progesteron yang mampu mengalir dalam darah dan mampu merangsang respon seksual seperti klitoris yang mengembang dan keluarnya cecair di vagina. Bahkan kandungan asid folic, yang membantu metabolisme protein dan akan memberikan anda lebih banyak energi untuk ‘beraksi’.

Pisang

Pisang mengandungi alkaloid yang bekerja di otak untuk meningkatkan keyakinan diri dan rasa ghairah seksual. Pisang merupakan sumber potasium dan vitamin B seperti ‘riboflavin’ yang meningkatkan energi tubuh. Pisang memberikan nutrisi penting untuk kekuatan otot. Jadi, sebab itulah jika anda rajin menikmati pisang tahap rangsangan anda menjadi sungguh luar biasa!


Coklat

Cara menaikkan nafsu perempuan yang seterusnya adalah coklat. Daya tarikan coklat ini sungguh hebat. Selain ‘theobromine’, coklat juga mengandungi ‘phenylethylamine’ (dihasilkan otak ketika ‘jatuh cinta’) dan ‘anandamide’ (yang membuat anda berasa ketagih).

Dark chocolate paling bagus kerana mempunyai ‘seabrek antioksidan’ yang baik buat tubuh kerana mampu membantu memelihara sistem ketahanan tubuh. Daya tahan tubuh yang optimum memang diperlukan untuk seks yang lebih hebat!


Madu

Madu mengandungi karbohidrat sederhana yang menghasilkan tenaga instant dan bahan bakar untuk otot-otot yang akan bekerja keras. Selain itu, madu juga kaya dengan vitamin B dan mampu membantu metabolisme tubuh dan hormon estrogen. Anda boleh ‘beraksi’ lebih hebat tanpa rasa penat. Anda boleh masukkan beberapa sudu teh madu ke dalam secawan teh suam. Kemudian nikmatilah.

 

Roti Bakar Keju

Mereka yang menyukai makanan yang mengandungi keju memiliki frekuensi melakukan hubungan intim lebih kerap dibandingkan yang tidak menyukai makanan ini. Keju merupakan salah satu produk olahan susu yang kaya nutrisi seperti kalsium, protein, vitamin, zat besi, dan fosfor yang menyimpan pelbagai manfaat untuk kesihatan seperti untuk tulang, gigi, dan jantung.

Yanie Baharom