Gaya Hidup By: Ad Ops April 4, 2018 @ 5:10pm

Alami Kemurungan Setelah Ibunya Cuba Membunuh Diri, Dwayne “The Rock” Johnson Kongsi Tip Menanganinya

Di Hollywood kini, Dwayne Johnson ialah salah seorang pelakon lelaki yang bergaji paling tinggi. Tahun lepas saja dia telah memperoleh US$65 juta! Wow!

Lelaki berumur 45 ini, yang juga dikenali sebagai The Rock, nampaknya bahagia bersama teman hidup, Lauren Hashian dan dua anaknya, Simone Alexandra Johnson dan Jasmine Johnson.

Foto: edition.cnn.com

Foto: Axelle/Bauer-Griffin/FilmMagic/Getty

Walau bagaimanapun, sebelum dia mencapai kebahagiaan ini, hidup Dwayne jauh dari sempurna.

Dalam satu temubual bersama akhbar UK Daily Express, dia mengaku yang dia pernah lalui masa hitam dalam hidup yang memberi impak buruk terhadap kesihatan mentalnya.

Mula-mula, impiannya untuk menjadi pemain ragbi profesional musnah disebabkan oleh beberapa kecederaan serius, dan teman wanitanya memutuskan hubungan percintaan mereka.

Memburukkan lagi keadaan ialah apabila Dwayne melihat sendiri ibunya Ata Johnson cuba membunuh diri setelah mereka kehilangan tempat tinggal.

“Dia keluar dari kereta ketika kami di lebuh raya di Nashville dan terus berjalan ke arah trafik. Saya sempat menariknya ke bahagian tepi jalan,” kata bekas ahli gusti ini.

Dwayne baru saja berumur 15 tahun ketika itu. Mana tak trauma? Ekoran itu, Dwayne telah berlawan dengan depression untuk bertahun-tahun lamanya.

“Saya sampai satu tahap di mana saya tak mahu buat apa-apa atau pergi ke mana-mana,” kata pelakon filem Jumanji: Welcome to the Jungle ini. “Saya kerap menangis.”

Dwayne namun bersyukur yang ibunya langsung tak mempunyai apa-apa memori tentang insiden hitam ini, dan lama kelamaan mereka berjaya menghadapi kemurungan mereka.

Foto: Getty Images

“Ibu dan saya dua-dua telah pulih, tapi saya telah belajar yang kita sentiasa perlu peka apabila orang di sekeliling kita sedang menderita.

“Kita harus tolong mereka untuk hadapinya dan ingatkan mereka yang mereka bukan bersendirian.”

Pada hari Ahad lepas, Dwayne memuatnaik artikel Daily Express ini dan menulis: “Saya telah dapat banyak respon untuk artikel ini. Terima kasih.

“Kita semua ada waktu hitam dalam hidup – kemurungan tidak mendiskriminasi. Setelah lama baru saya sedar yang untuk berdepan dengannya, kita perlu berani untuk luahkan masalah dan perasaan kita. Lebih-lebih lagi kaum lelaki yang lebih sanggup pendam. Anda bukan berseorangan.”

Sumber: Business Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 29 Jun 2018
Featured Sat, 9 May 2020
Featured Tue, 22 May 2018

3 Selebriti Wanita Ini Kongsi Tip Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan

Ikuti cara pemakanan selebriti ini untuk kekal bertenanga di bulan puasa.

Gaya Hidup Mon, 3 Jan 2022

“Ada Yang Tanya, Kenapa Bagi Telekung? Pakaian Biasa Pun Boleh Dibawa Solat…” – Usahawan Beri Sebab Sumbang Kelengkapan Solat Kepada Mangsa Banjir

Usahawan Datin Aliza Abu Bakar yang merupakan pengasas Munawwareen Holdings Sdn Bhd memberikan sebab mengapa dia menghulurkan bantuan telekung baharu kepada mangsa yang terjejas banjir. Melalui program Munawwareen Prihatin, Aliza memberikan sumbangan 250 pasang telekung […]

Featured Wed, 8 May 2019
Gaya Hidup Tue, 17 Apr 2018

Orang Yang Berjaga Malam Lebih Berisiko Tinggi Untuk Meninggal Dunia Dengan Cepat, Menurut Kajian

Alamak! Kalau orang-orang yang kerja shif malam tu macam mana?

Gaya Hidup Tue, 24 Jul 2018
Featured Fri, 16 Dec 2022
familuv Wed, 14 Dec 2022

“Tipulah Kalau Tiada Masalah Dalam Keluarga” – Pesanan Aisyah Habshee Curi Tumpuan Warganet

YouTuber dan pempengaruh terkenal Aisyah Habshee tular di media sosial dengan kata-katanya yang mengulas berkenaan institusi keluarga yang kurang kesefahaman @americano______ #aisyahhabshee #life #foryourpage #maryammuhsin ♬ original sound – radittt Aisyah memberitahu mustahil jika sebuah […]

Featured Fri, 20 Jul 2018

Elak Poket Robek Di Pasaraya, Ini Helah Pintar Yang Perlu Anda Tahu

Baru nak terapikan diri dengan shopping, tapi dah stres sebab duit dah habis.