Categories: Gaya Hidup

Buat Rawatan Spa Ikan, Kuku Kaki Wanita Ini Rapuh Dan Tercabut!

Anda pernah tak buat rawatan spa ikan? Kalau pernah buat, mungkin lepas ini anda perlu berhati-hati!

Baru-baru ini, seorang wanita New York telah hilang kuku kaki selepas mendapatkan rawatan ikan terapi yang popular ini. 

Wanita tersebut kemudiannya telah mendapatkan rawatan di hospital dan doktor mengesahkan bahawa kuku kakinya tercabut berpunca daripada rawatan spa ikan.

Enam bulan sebelum itu, wanita itu telah menjalani rawatan ini di mana ikan kecil yang diberi nama Garra Rufa bertindak memakan kulit mati manusia. 

Foto: Worldofbuzz

Menurut wanita berkenaan, sebelum membuat rawatan tersebut, dia tidak pernah mengalami masalah kuku kaki mahupun mengalami sebarang kecederaan atau jangkitan. Dia juga tidak mempunyai sejarah yang menyebabkan kuku kakinya rapuh dan tidak normal.

Kes ini mendapat perhatian doktor kerana wanita tersebut kini mengalami Onychomadesis iaitu kuku terpisah dari kulit dan akan tercabut.

Namun, wanita ini bernasib baik kerana kuku kakinya bertambah baik dan akan mengambil masa yang agak lama untuk tumbuh kembali.

Foto: Portugalconfidental

Untuk pengetahuan anda, ini bukan kali pertama rawatan spa ikan yang menimbulkan masalah kepada pelanggan. Salah satu punca para pelanggan boleh mendapati jangkitan kuman adalah ikan dan kolam yang tidak dibersihkan dengan kerap. 

Jadi, pesanan buat anda sentiasalah berhati-hati untuk membuat rawatan ini. Kaji dan selidik terlebih dahulu tentang spa yang ingin anda kunjungi.

Sumber: World Of Buzz

tex_admin