Categories: Gaya Hidup

Doktor Ini Kata, Kalau Nak Umur Panjang, Jangan Bersara

Seorang ahli fizik yang merupakan pengerusi emeritus di St. Luke International University and Hospital, Dr. Shigeaki Hinohara antara penduduk Jepun yang telah bekerja hingga usianya 105 tahun. 

Melalui temuramah oleh wartawan Japan Times, Judit Kawaguchi, Dr. Shigeaki telah menggariskan beberapa panduan asas untuk seseorang itu menjalani kehidupan yang panjang dan sihat. Antara salah satunya adalah jangan bersara.

“Jika perlu bersara, pastikan anda bersara selepas usia 65 tahun.” katanya yang bekerja sehingga 18 jam sehari.

Beliau juga ada menjelaskan bahawa umur persaraan di Jepun telah ditetapkan pada usia 65 tahun apabila purata jangka hayatnya adalah 68. Kini, ramai rakyat Jepun hidup lebih lama dan purata jangka hayat penduduk di negara tersebut pada tahun 2015 adalah hampir 84 tahun.

Foto: Businessinsider

Selain daripada jangan bersara, terdapat beberapa garis panduan yang lain yang dinyatakan oleh Dr. Shigeaki iaitu:

1. Kurangkan rasa bimbang dan cukup tidur.

2. Jaga pemakanan.

3. Jangan terlalu ikut pesanan doktor. Gunakan terapi muzik dan haiwan untuk melegakan kesakitan.

4. Sentiasa bergembira.

5. Sentiasa menggunakan tangga agar otot-otot sentiasa berfungsi.

Walau bagaimanapun, Dr. Shigeaki telah meninggal dunia pada bulan Julai lalu dengan usianya 105 tahun. Jadi, apa kata anda ikut garis panduan oleh doktor ini untuk sentiasa sihat dan hidup lebih lama.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Business Insider Malaysia

tex_admin