Categories: Gaya Hidup

Hanya Guna Ais Sahaja Untuk Bakar Lemak. Cuba Dan Lihat Keberkesanannya!

Ais bukan sahaja untuk menyejukkan minuman, tetapi ia juga mempunyai kebaikan yang tersendiri. Biasanya, kita akan dengar pandangan negatif saja kan mengenai ais ini? Tetapi, ais juga mampu membantu menjaga kulit wajah untuk kekal cantik, melegakan bengkak dan yang paling best mampu membakar lemak! Wow, hebat kan?

Percaya tak, dengan meletakkan ais selama 30 minit di kawasan yang berlemak mampu membakar lemak dengan cepat tau! Ini merupakan pendedahan oleh Dr. Philip Kern yang menyatakan bahawa keadaan sejuk mampu mengubah lemak putih iaitu lemak tepu kepada lemak coklat iaitu lemak yang mudah dibakar. 

Foto : Klinikapawlikowski

Setiap manusia mempunyai dua jenis tisu lemak yang berbeza. Lemak putih adalah jenis lemak yang berada pada kawasan perut dan pinggul. Apabila anda meletakkan ais di bahagian kawasan yang banyak lemak, ia akan menukar lemak putih kepada lemak coklat dan apabila keadaan lebih sejuk, seterusnya proses pembakaran lemak akan menjadi lebih cepat. Mudah je kan? Tak perlu berhabis duit untuk sedut lemak dekat klinik!

Menurut kebanyakan pakar juga, sekiranya anda banyak menghabiskan masa di dalam rumah atau di pejabat, badan tidak mampu membakar kalori secara semulajadi. Jadi, jika anda tidak ada masa untuk melakukan senaman, teknik meletakkan ais di kawasan yang berlemak ini sangat membantu okay!

Anda juga boleh mencuba teknik mandi ais yang merupakan salah satu terapi yang sangat bagus untuk menghasilkan aura positif dalam diri, membakar lemak, menguruskan badan, menguatkan tulang dan menguatkan sistem imunisasi dalam badan. Oleh itu, kalau nak kurus dan mendapat bentuk badan yang menarik jangan malas untuk mencuba teknik ini ya!

Sumber:The Telegraph

tex_admin