Categories: Gaya Hidup

Ikuti 3 Peraturan Penting Ini Supaya Sarapan Anda Dapat Turunkan Berat Badan

Ada banyak sangat cara untuk turunkan berat badan anda – senaman, berdiet, rawatan surgeri. Tetapi salah satu cara yang terbaik dan mudah ialah dengan memakan sarapan yang berkhasiat pada setiap pagi.

Sebuah kajian mendapati bahawa sarapan boleh menolong mempercepatkan kadar metabolisme anda. Walau bagaimanapun, tak semestinya kalau anda makan sarapan, anda boleh turunkan berat badan.

Ada 3 perkara yang anda mesti ikut supaya teknik ini betul-betul berkesan.

Makan secepat mungkin

Foto: bminusblogs.wordpress.com

Pastikan anda makan sarapan anda di antara 30 minit ke sejam selepas anda bangun dari tidur supaya fungsi bakar lemak di dalam badan anda digunakan dengan sepenuhnya. 

Dengan mengambil sarapan anda awal-awal, nescaya anda takkan kelaparan pada hari itu, dan secara tak langsung anda takkan termakan lebih sewaktu makan tengahari atau malam.

Tak biasa makan sarapan? Anda boleh cuba “minum” sarapan anda. Cuba resipi Wake-Up Smoothie ini. Pasti menyegarkan!

Makan banyak protein

Foto: oursedu.com

Sarapan yang kaya dengan protein, seperti telur dan Greek yogurt boleh mengurangkan rasa lapar, jadi anda takkan terasa nak makan banyak bila tiba waktu makan.

Sebuah kajian mendapati bahawa wanita yang memakan telur untuk sarapan berjaya turun dua kali lebih banyak berat daripada mereka yang memulakan hari mereka dengan memakan bagel (roti).

Makanan protein lain seperti dada ayam, badam dan keju, juga boleh membantu kerana ia mengambil masa lebih lama untuk dihadam daripada makanan lain.

Tambahkan pisang dalam makanan

Foto: skinnyms.com

Sarapan yang kaya dengan Resistant Starch (Kanji Tahan) juga boleh membuatkan anda rasa kenyang untuk jangka masa panjang dan menolong bakar lebih banyak kalori memandangkan ia meminta badan anda untuk menggunakan lemak untuk mendapatkan tenaga. 

Kanji ini wujud dalam makanan seperti pisang dan bijirin, jadi cuba resipi Banana Nut Oatmeal ini untuk menikmati sebuah sarapan yang memuaskan.

Sumber: Time

Ad Ops