Gaya Hidup By: tex_admin May 28, 2019 @ 1:15pm

Ikuti amalan berbuka puasa cara Rasulullah SAW ini. Barulah puasa lebih afdal

Oleh Syarifah Fatin Anisa

Waktu berbuka ialah masa yang dinanti-nanti setelah seharian menahan lapar dan dahaga berpuasa.

Maklumlah, dugaan pada bulan Ramadan ini lain benar rasanya.

Bau masakan yang selama ini tidak diminati pun boleh mengundang selera semasa berpuasa. Kronik sungguh!

Begitupun, terdapat beberapa amalan Rasulullah yang patut kita contohi supaya puasa kita menjadi lebih afdal.

Amalan baginda sebenarnya tidak susah dan senang untuk diamalkan terutamanya semasa berpuasa.

Membaca doa ketika berbuka puasa

Waktu paling mustajab untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa.

Ibnu Umar berkata, “Apabila berbuka puasa, Nabi SAW akan membaca doa yang bermaksud: “Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat sudah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.” (Riwayat Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, Kitab al-Shaum)

Sesungguhnya, pada bulan Ramadan ini, segala amalan yang baik akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda.

Foto: Muslim Girl

Menyegerakan berbuka puasa

Sebaik sahaja azan berkumandang, segerakan berbuka dengan makan secara bersederhana.

Ambil makanan dengan kadar yang boleh memberikan tenaga untuk beribadat nanti.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak mustahil (boleh dilakukan), suaplah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” (Riwayat Tirmizi)

Mulakan dengan tamar

Anda digalakkan untuk berbuka dengan makanan yang manis. Mulakan dengan air dan buah tamar.

Rasulullah SAW  selalu memakan rutab iaitu kurma yang basah dan lembik. Jika tiada, baginda memakan tamar yang kering.

Anas bin Malik RA berkata, “Rasulullah SAW berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, Baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, Baginda akan meneguk beberapa teguk air.” (Riwayat Tirmizi)

Mudah bukan? Amalan Rasulullah SAW mempunyai banyak hikmahnya memandangkan baginda adalah seorang yang bijaksana.

Selamat beramal!

Foto: DANAdidik

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 24 May 2020
Featured Tue, 24 Apr 2018

Awas! Ketahui 6 Jenis Bahan Bahaya Dalam Produk Kecantikan

Sesetengah produk tersebut mengandungi bahan-bahan kimia yang sangat bahaya bukan sahaja untuk kulit tetapi kesihatan kita.

Featured Tue, 5 May 2020
Gaya Hidup Tue, 26 Nov 2019

Pemanasan global: 7 langkah mudah kurangkan jejak karbon

Didik keluarga atasi masalah pemanasan global!

Featured Wed, 13 May 2020

Kejutan Kluster IPT, KKM buat siasatan kenal pasti punca jangkitan

Kemunculan kluster institusi pengajian tinggi (IPT) Sabah yang diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menimbulkan persoalan kemungkinan lebih ramai pelajar yang sudah dijangkiti COVID-19 daripada universiti yang sama. Ramai beranggapan KKM kini bakal berdepan dengan […]

Gaya Hidup Tue, 6 Feb 2018

Tip Elak Cemburui Kebahagiaan Orang Lain

Siapa sahaja yang boleh menafikan impak negatif cemburu yang antaranya boleh mengundang tekanan, menyekat kebebasan, menjurus ketidakpuashatian dan seterusnya menyebabkan individu membuat sesuatu tidak terjangka.

Gaya Hidup Fri, 24 May 2019

Tak sedar datang haid ketika hampir waktu berbuka, batal atau tidak puasa?

Jangan buat andaian sendiri, baca informasi ini.