Gaya Hidup By: tex_admin November 15, 2018 @ 4:00pm

Ini Cara Nak Elak Dapur Gas Kaca Daripada Meletup

Adakah di rumah anda menggunakan dapur gas jenis kaca? Jika ya, anda perlu berhati-hati!

Ini kerana, terdapat beberapa kes yang berlaku apabila ketika masak di dapur, dapur gas mereka meletup secara tiba-tiba. Malangnya, ada kes yang menyebabkan anak mereka melecur satu badan kerana terkena percikan air panas. Takut kan?

Untuk pengetahuan anda, dapur gas jenis kaca (tempered glass) memang banyak dijual. Penggunaan tempered glass digunakan bagi menggantikan kaca borolisikat kerana ianya lebih tahan lama, tahan impak dan tahan panas. 

Tapi, tempered glass masih boleh pecah jika ia tidak dipasang dengan betul atau mempunyai kerosakan pada bahagian luar kaca tersebut. Selain itu, ia juga boleh pecah jika anda meletakkan barang yang berat di atas permukaan kaca atau ada perubahan ekstrem pada keadaan atmosfera.

Foto: Facebook

Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, anda perlu tahu cara bagaimana nak elakkan dapur gas kaca daripada meletup. Ini antara cara yang boleh anda praktikkan:

1. Jangan tutup permukaan kaca

Mungkin ada dalam kalangan anda yang agak cerewet tentang minyak yang terpercik ke atas dapur kaca semasa memasak. Tapi, itu adalah perkara biasa yang berlaku ketika memasak kan? 

Sebaiknya, jangan tutup permukaan kaca dapur gas anda dengan apa jua barang sekalipun. Ini kerana, ia boleh meningkatkan risiko haba untuk terperangkap dan boleh menyebabkan ia meletup. 

2. Jangan guna kuali dan periuk yang terlalu besar

Pastikan anda menggunakan kuali atau periuk dengan saiz yang betul dan dibuat daripada bahan yang bersesuaian. Bahan-bahan seperti besi tuang atau keluli tahan karat boleh memerangkap haba pada bawah kuali dan permukaan kaca.

3. Jangan letak kuali atau periuk di atas permukaan kaca

Sekiranya anda suka meletakkan kuali atas permukaan kaca dapur gas anda, elakkan ya! Ini kerana, beban yang berat memberi tekanan ke atas bahagian kerangka kaca. Ia akan mengakibatkan permukaan kaca dapur gas anda lebih cepat reput, retak dan rosak.

4. Maksimumkan penggunaan hanya 2 jam

Limit-kan penggunaan dapur gas anda hanya 2 jam sahaja. Ini kerana, penggunaan yang berjam-jam akan meningkatkan haba dan tahap kepanasan pada dapur gas tersebut.

5. Jangan sesekali mengelap atau membersihkan dengan kain basah

Sebaiknya, jangan mengelap atau membersihkan dapur gas kaca menggunakan kain basah ketika masih panas. Ia akan menyebabkan permukaan kaca yang panas retak seribu apabila menerima suhu rendah daripada kain basah tersebut.

Ingat, kecelakaan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Sentiasalah berjaga-jaga!

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 May 2019

Cara mengqada puasa Ramadan dan membayar fidyah yang ramai keliru  

5 sebab membolehkan seseorang itu dikecualikan daripada berpuasa

Featured Thu, 11 Jan 2018

Warna Pengaruhi Kesihatan

Percaya atau tidak, warna memainkan peranan yang amat penting untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Pada hari ini, terapi warna atau Chromotherapy merupakan alat penting untuk rawatan penyembuhan di mana ia dipercayai boleh memulihkan penyakit dan […]

Gaya Hidup Wed, 12 Sep 2018
Featured Thu, 18 Oct 2018
Featured Sat, 7 Jan 2023

“Aduh, Mana Nak Cari BF Macam Ni?” – Muat Naik Hasil Suntingan Imran Aqil, Dahlia Razal Buat Netizen Single Rasa Sendu

Pempengaruh Dahlia Rizal berkongsi video hasil suntingan tunangnya, penyampai radio Imran Aqil di akaun TikTok miliknya. @indomie.dComei la dia editkan 🥹🥰 i post ok sayang hehe♬ original sound – Dahlia Rizal Menerusi perkongsian itu, Dahlia […]

Gaya Hidup Mon, 12 Nov 2018

Menurut Kajian, Pelajar Malaysia Paling Hormat Kepada Pengetua Berbanding 35 Negara Lain

Rakyat Malaysia memang mempunyai nilai sahsiah yang baik!

Featured Fri, 7 Sep 2018

Ibu Jari Dipotong Gara-Gara Obsesi Mengigit Kuku

Ketagihan Courtney mengigit jari bermula sejak 2014 selepas menjadi mangsa buli di sekolah.

Gaya Hidup Fri, 19 Apr 2019
Featured Wed, 10 Jan 2018

10 sebab travel buat anda lebih bahagia

Berkembangnya syarikat penerbangan tambang murah Air Asia membuatkan travel perlahan-lahan menjadi satu budaya dan gaya hidup masyarakat kita. Sama ada bercuti untuk bertemu keluarga di kampung, atau melepaskan lelah kerja seketika, travel sebenarnya bermanfaat kepada […]