Categories: Gaya Hidup

Ini Cara Nak Hilangkan Bintik Hitam Pada Baju, Mudah Saja!

Pasti dalam kalangan kita ada yang pernah mengalami masalah nak hilangkan bintik-bintik hitam yang ada pada baju, kan? Kekotoran ini adalah berpunca daripada kulat yang tumbuh akibat baju tersebut tidak kering secukupnya ataupun lembap. 

Walaupun dah berus dan basuh banyak kali, bintik hitam tersebut tetap tidak hilang. Jangan risau, penulis ada solusinya! Jom cuba cara ini:

1. Isikan setengah liter air ke dalam baldi dan campurkan sedikit cuka.

2. Kemudian, rendamkan pakaian yang ada bintik hitam semalaman.

3. Pada keesokan harinya, cuci pakaian tersebut dengan menggunakan sabun atau detergent seperti biasa.

4. Tuangkan air panas yang dicampur dengan limau nipis ke dalam baldi.

5. Bilas pakaian di dalam campuran air campuran limau nipis tadi.

6. Kemudian, biarkan pakaian anda seketika di dalam campuran air limau tersebut.

7. Seterusnya, cuci kembali menggunakan sabun atau detergent.

8. Bilas menggunakan air bersih.

9. Jemur sehingga kering.

Untuk pengetahuan anda, asid pada cuka dan limau nipis dipercayai boleh menghilangkan bintik hitam pada pakaian.

Penulis nak pesan, kalau anda tak nak masalah bintik hitam ini berlaku, jangan biarkan pakaian yang baru dicuci dengan begitu sahaja sehingga dua hingga tiga hari. Sebaliknya lepas cuci terus jemur. Pastikan juga, pakaian yang anda jemur betul-betul kering, jangan angkat selagi tidak kering. 

Selamat mencuba!

Sumber: Keluarga

tex_admin