Gaya Hidup By: Yanie Baharom September 14, 2018 @ 12:12pm

Jangan Asyik Salahkan Udara Luar, Pastikan Persekitaran Rumah Anda Juga Sentiasa Nyaman Dan Bersih

Ada sesetengah orang suka berkurung dalam rumah, lokek hendak membuka tingkap atau cermin alasannya tak mahu habuk masuk ke dalam rumah.

Ibu penulis salah seorang daripadanya. Bukan saja memastikan tinggap dan cermin rumah sentiasa tertutup bahkan bimbang menjadi perhatian orang. Alasan tak mahu jiran-jiran pandang itu paling kelakar!

Berbalik kepada topik, memang tidak dinafikan pencemaran udara seperti jerebu, asap kenderaan ataupun asap rokok mampu menyebabkan penyakit.

Tapi, tahukah anda di dalam rumah sendiri juga boleh berlaku pencemaran udara sekiranya persekitaran di dalam mahupun di luar rumah tidak dijaga dengan baik.

Sebenarnya, udara di rumah kita tidaklah sebersih yang disangka. Malah, kajian turut mendapati udara di rumah jauh lebih kotor daripada udara di luar.

Pencemaran udara di rumah menjejaskan kualiti udara sekaligus boleh membahayakan kesihatan anda. Tetapi, anda pasti tertanya-tanya, dari mana datangnya udara kotor di rumah ini?

Antara faktor-faktor yang mengakibatkan udara dalam rumah kotor?

Foto: southeastelectrical

  • Asap pembakaran di sekeliling
  • Suasana dalam rumah terkepung
  • Tingkap selalu tertutup
  • Kawasan blok rumah padat dan rapat
  • Penghawa dingin tak diselenggara dengan baik
  • Permainan lama
  • Bulu atau najis haiwan peliharaan
  • Lilin atau pewangi bilik
  • Gas dan asap memasak
  • Produk pembersih dan racun serangga
  • Udara yang tidak berkualiti akan mendatangkan penyakit

Udara kotor di dalam rumah boleh mengakibatkan:

Foto: whitakerwellness

  • Penyakit Legionnaires
  • Kanser paru-paru
  • Asma
  • Keracunan karbon monoksida
  • Alahan
  • Sindrom sick building
  • Pneumonitis hipersensitif
  • Demam

Udara kotor di rumah masih boleh diatasi dan dikurangkan dengan beberapa langkah. Antaranya ialah dengan:

Foto: Daily Mail

  • Berhenti merokok atau menguatkuasakan rumah bebas asap rokok
  • Jangan pilih dekorasi rumah yang terlampau sarat
  • Cuba elak daripada meggunakan karpet yang berbulu tebal, ia mampu memerangkap lebih banyak habuk
  • Jika anda ada banyak kawasan atau karpet yang banyak habuk, pastikan anda sentiasa membersihkannya
  • Penggunaan lampu garam/kristal
  • Pastikan cadar dan baju anda sekeluarga bersih
  • Guna produk pembersih yang mesra alam
  • Buka tingkap dengan luas jika anda memasak (walaupun jika anda ada penyedut asap)
  • Jangan lupa selenggara penghawa dingin
  • Pilih tanaman yang bersesuaian untuk diletakkan dalam rumah
  • Guna penulen atau pembersih udara

Justeru itu, jika anda menyayangi keluarga anda sila ambil perhatian tentang penjagaan di dalam rumah serta persekitarannya. Udara bersih keluarga bahagia!

Sumber: The Asianparent Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 2 Feb 2018

4 Sayuran Ini Bagus Untuk Kurus

Umum mengetahui pengambilan sayur-sayuran bagus untuk kesihatan badan. Malah, makan sayuran juga boleh membantu dalam diet seharian serta membantu mempercepatkan penurunan berat badan.

Gaya Hidup Fri, 11 May 2018

Ketahui Maksud Sebenar Warna Penutup Botol Air Yang Biasa Anda Beli

Jangan tahu beli sahaja, anda juga perlu tahu maksud di sebalik warna penutup botol air mineral ini.

Featured Fri, 12 Jun 2020
Featured Mon, 25 May 2020

Dua rakyat Malaysia kongsi sambutan Syawal di Taiwan ketika COVID-19

Hari Raya disambut dengan lebih berhati-hati

Gaya Hidup Tue, 23 Apr 2019

10 kegunaan cecair pembersih yang genius selain membasmi kuman

Anda mungkin tidak pernah tahu sebelum ini!

Featured Thu, 14 Jun 2018
Featured Thu, 26 Jul 2018

Sedut Asap Kayu Manis Bakar Boleh Rawat Masalah Resdung Yang Kronik. Mujarab!

Apabila anda sedut asap kayu manis ini, hidung akan rasa pedih sedikit tetapi selepas itu anda akan merasakan kelegaan pada sistem pernafasan. 

Featured Wed, 21 Nov 2018

Jangan Makan Bahagian ‘Bersih’ Pada Roti Yang Berkulat!

Nampak saja bersih tapi ianya sudah dicemari dengan akar kulat.

Gaya Hidup Mon, 23 Apr 2018

Kafe Ini Jual Pancake Yang Ditaburi Coklat Yang Melimpah Ruah! Sekali Tengok Memang Terliur

Ahmad Lim Black Pancake sediakan pelbagai jenis pancake yang awesome!

Gaya Hidup Thu, 8 Nov 2018