Gaya Hidup By: Yanie Baharom November 20, 2018 @ 4:00pm

Jom Intai Rutin Pagi Yang Dilakukan Enam Wanita Berpengaruh Ini Setiap Hari!

Dengan kekayaan luar biasa yang dimiliki mereka, wanita-wanita ini bisa hidup bersenang-lenang tanpa perlu memikirkan masalah.

Tidur sampai ke petang pun, income tetap berjalan, jadi apa yang nak dirisaukan? Namun sekaya manapun seseorang itu percayalah kekayaan boleh lenyap dengan sekelip mata sekiranya tidak ambil tahu atau tiada sifat tanggungjawab di atas kerja-kerja yang dilakukan.

Barangkali kehidupan enam wanita berpengaruh di dunia ini boleh dijadikan contoh untuk kita menjadi cemerlang seperti mereka.

Meskipun, kehidupan seharian mereka dibebani jadual yang sangat padat dan adakalanya memenatkan, akan tetapi wanita-wanita ini tidak pernah jemu melakukan hal yang sama setiap pagi secara konsisten untuk kekal sihat, bertenaga dan bersemangat!

1. Anna Wintour

Foto: vogue.com

Ramai tidak tahu bahawa wanita yang merupakan salah satu tokoh penting industri fesyen ini memulakan paginya sangat awal. Tepat 15 minit sebelum pukul 6 pagi, beliau akan tiba di sebuah kelab tenis di New York untuk beriadah selama sejam, setiap hari.

Beliau kemudian akan bergegas balik ke tempat kerja selepas menukar persalinan di rumahnya.

2. Ratu Elizabeth II

Foto: People

Mengikut seorang penulis biografi, baginda bangun beradu tidak lebih pukul 7:30 pagi dan akan menikmati santapan yang disediakan oleh pekerja istana.

Menu kebiasaan baginda ialah teh English breakfast bersusu, tanpa gula bersama beberapa keping biskut Marie. Baginda akan bersiram dan kemudiannya berangkat ke ruang televisyen untuk membaca akhbar atau menonton berita pada setiap pagi.

Selepas itu, baginda akan menjalankan tugas-tugas rasmi bagi hari tersebut. Hanya 2 hari dalam setahun Ratu Elizabeth tidak “bekerja”, iaitu pada Hari Krismas dan Hari Easter.

3. Oprah Winfrey

Foto: TVLine

Billionaire dan seorang yang kian hari mencipta sejarah, Oprah bangun dari tidurnya antara pukul 5:30 hingga 6 pagi. Beliau akan ke gim terlebih dahulu sebelum bersiap-siap untuk shoot pada hari tersebut.

Selalunya, pada pukul 12 tengah hari, Oprah telah habis penggambaran untuk dua buah filem. Beliau gemar akan jus atau smoothie yang diperbuat daripada bayam, daun pasli, epal dan saderi berserta timun yang siap diblend-kan.

4. Kim Kardashian

Foto: Billboard

Pasangan royalty Amerika ini berkata kepada Harper’s Bazaar bahawa beliau bangun dari tidur jam 6 pagi setiap hari dan perbuatan pertamanya ialah untuk mengejutkan dan berbual-bual bersama anak-anaknya, North dan Saint.

Kim akan pergi bersenam di sekitar kawasan rumahnya yang luas atau atas treadmill, kira-kira selama sejam sambil mendengar lagu R&B atau klasik.

5. Victoria Beckham

Foto: Complex

Victoria akan bermandian dan menyiapkan diri di samping membaca segala emel dan notification dari media sosialnya — semua dalam masa setengah jam! Sarapan pagi go-to beliau ialah buahan dan teh hijau, dilengkapi dengan dua cawan espresso!

6. Isabel Marant

Foto: wwd.com

Rutin pagi pereka fesyen Perancis ini pula tidak begitu konvensional. Beliau akan menaiki skuter kesayangannya ke sebuah kolam renang di kota Paris.

“Saya memerlukan 35 pusingan renang setiap hari bagi melepaskan stres yang bakal dan sedang dihadapi,” katanya kepada Harper’s Bazaar.

Isabel akan menyinggah ke sebuah kedai jus untuk segelas smoothie lobak merah dan halia sambil ke tempat kerja. Tiba di pejabatnya, Isabel akan menikmati secawan kopi.

Sumber: GLAM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 Jan 2023

Nasihat Suami Jangan Aniaya Wanita, Mawar Rashid Harap Raf Yaakob Tak Kahwin Lain

Pelakon cantik, Mawar Rashid memberi pesanan buat suaminya, Raf Yaakob untuk tidak menganiaya perempuan dengan menduakan hati seorang isteri. @mawarashidMacam mana mood para isteri harini?♬ original sound – mawarashid Menerusi perkongsian di TikTok, Mawar memberi […]

Featured Tue, 24 Sep 2019

7 cara mudah untuk jadikan rumah anda lebih mesra alam

Langkah mudah di rumah mampu selamatkan bumi!

Featured Fri, 16 Dec 2022

Ustaz Wadi Anuar Kongsi Tip Berubah Jadi Baik

Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar menasihati warganet agar kekal istiqamah untuk berubah menjadi orang yang lebih baik. @thefastabiqulkhairat semangat untuk berubah dan istiqamah🤍 In Shaa Allah🤲🏻 #reminderislamic #ustazwadiannuar #uwa #uwateam #keepistiqomah #selfreminder #reminderforyou #thefastabiqulkhairat #fyp […]

Gaya Hidup Tue, 14 May 2019
Featured Thu, 11 Jan 2018

Clean Eating Adalah Gaya Hidup

‘YOU ARE WHAT YOU EAT’, ungkapan ini memang sering kita dengar.  Jika kita mengambil makanan  sihat, maka tubuh juga menjadi sihat. Tapi jika makanan yang diambil tidak sihat dan banyak bahan pengawet, maka tubuh badan […]

Featured Thu, 8 Aug 2019
Gaya Hidup Mon, 29 Jul 2019

Panjang umur seperti Tun M dan Tun Siti Hasmah, amalkan 22 tip ini!

Singkirkan aura negatif baru boleh hidup lama

Featured Fri, 30 Aug 2019
Featured Fri, 29 Jun 2018
Gaya Hidup Sat, 11 Aug 2018

Denda RM250 Jika Tidak Kibarkan Jalurkan Gemilang?

Ramai-ramai kita kibarkan Jalur Gemilang!