Categories: Gaya Hidup

Jom Tinjau Koleksi Beg Tangan Designer Milik Kylie Jenner Yang Bernilai Jutaan Dollar

Sebagai golongan marhaen, kita mungkin rasa bangga dan berjaya jika kita mampu membeli sebuah beg tangan mewah. Satu pun jadilah!

Tapi dalam kes Kylie Jenner yang merupakan seorang jutawan, dia bukannya ada satu, dua buah tapi berpuluh-puluh!

Yelah, tengoklah berapa banyak gaji yang dia dapat daripada bisnes Kylie Cosmetics. Dia dilaporkan mendapat untung sebanyak $19,007 sejam.

Setiap post Instagram berbayar menerusi akaun Kylie pula bernilai $1 juta! Memang patutlah dia boleh beli berapa banyak beg Hermès Birkin yang dia nak.

Selebriti lain mungkin letakkan purse mereka di dalam sebuah walk-in closet tapi Kylie lain sikit. Di rumahnya dia telah menyediakan sebuah bilik khas yang eksklusif untuk beg tangannya saja! Nampak macam muzium yang bersinar!

Kebanyakan daripada beg-begnya merupakan jenis vintage dan limited edition yang dianggap tak ternilai harganya.

Wanita berumur 21 tahun ini telah memberikan tour untuk bilik khas ini dalam bentuk video berdurasi 3 minit di akaun YouTube miliknya.

Jika anda peminat atau pengumpul designer handbags, anda gerenti rasa cemburu kerana closet ini bukan saja menyimpan beg tangan untuk dia sendiri pakai.

Ada juga beberapa purse yang Kylie ketepikan untuk anaknya Stormi yang baru saja berumur 7 bulan. Salah satu daripadanya adalah sebuah beg Hermès yang bernilai $7,700! Bertuahnya budak ini!

Teringin nak tahu apa jenama beg yang dia ada? Jom tengok video di bawah.

Sumber: Marie Claire, Daily Mail

Ad Ops